MASALAH LAMBAKAN FILEM MALAYSIA BUAT KUTIPAN MENJUNAM

0 comments


Tiada pengarah filem yang tidak mahukan keuntungan apatah lagi sanggup berdepan dengan risiko kerugian. Tetapi janganlah sampai mengejar keuntungan semata sehinggakan mengenepikan kualiti filem Malaysia yang dihasilkan. Dan inilah yang kami mahu perbincangkannya di sini hari ini….
Sebenarnya pengarah filem bebas berkarya untuk menghasilkan filem apa sekalipun. Tetapi, janganlah kerap sangat disogokkan pengemar filem Malaysia dengan “makanan ringan”.
“Sesekali penonton mahu juga merasa “makanan yang berkhasiat” yang merupakan produk tempatan”

Senarai Filem Malaysia 2011 (Kutipan)

filem malaysia Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?
Daripada senarai senarai filem Malaysia di atas ini berdasarkan kutipan sepanjang tahun 2011, apa yang dapat dilihat sekarang ini trend penontonfilem Malaysia lebih terarah kepada  :
  • Sini ada hantu, Khurafat, Penunggu Istana, Karak, Al Hijab, 3gp : Seram?
  • Cun, Nurkasih, Sekali Lagi, Ombak rindu : Cinta/Romantik?
  • Raya Tak Jadi, Alamak Toyol, Bini-biniku Gangster : Lawak?
  • Kongsi, KL Gangster, Songlap : Aksi?
Jikalau filem tempatan menampilkan…………
  • Pengarah yang bertaraf profesor belum tentu boleh menjanjikan filem yang berkualiti. Sayang sekali…..
  • Pelakon filem yang mantap dan popular pun, belum tentu mampu menghasilkan filem yang mampu menambat hati penonton
  • Skrip yang hebat pun masih tidak cukup lagi jika tidak ada elemen yang satu lagi, iaitu……
  • Sikap penonton yang dilihat “malas untuk berfikir di luar kotak” dan hanya mahukan hiburan semata-mata
  • Akhirnya filem Malaysia dilihat lari daripada landasan budaya kita sendiri
Tetapi itu tidak akan terjadi apabila pasaran filem Malaysia tidak dilambakkan dengan filem yang kurang berkualiti yang “berkiblatkan” unsur hiburan semata. Jika begitu, cukupkah pilihan yang ada kepada penonton? Apakah kita masih mahu mengharap sesuatu yang “luar biasa” daripada penonton dengan trend yang masih lagi tidak berubah? Sepatutnya, penonton perlu dibiasakan dengan filem yang ada pengisiannya dan mesej-mesej yang tersendiri tetapi malangnya bilangan yang ada pada hari ini terlalu kecil…
Masalahnya di sini Filem Melayu/Malaysia terlalu stereotype :
  • Kalau dihasilkan filem yang ada pengisian, malangnya terlalu bersifat ilmiah sampai penonton cepat boring
  • Kalau dihasilkan filem Malaysia yang bersifat untuk menghiburkan penonton pula, akhirnya “terlalu kosong” dengan pengisian
  • Mungkin pengarah filem perlu melihat semula filem-filem yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee ketika berada di Studio Jalan Ampas. Filemnya agak ringan, mudah difahami tetapi masih lagi mampu diselitkan pengajaran. Tetapi penonton tetap menyukainya.
Tetapi inilah jadinya apabila produser filem Malaysia hari ini lebih mengutamakan keuntungan semata. Asalkan mampu menghiburkan penonton mereka sudah berpuas hati, tetapi kualitnya? Ingatlah sesungguhnya, filem mampu mencerminkan wajah & budaya Malaysia. Tetapi realitinya keadaan seperti sangat kuang melihatkan koleksi dan senarai filem Malaysia hari ini.
Share this article :