KRU MENIPU PEKERJA FILEM TENTANG BAYARAN?

0 comments


"..Anda Artist, Mereka Selebriti.."
ditulis oleh www.wayangpacak.blogspot.com dalam BERITA FILEM WP :
23 SEPTEMBER 2012 - Ahad



Sedang semua produksi mengejar keuntungan dan jimat kos dengan pembikinan filem yang singkat, ada berita kurang menyenangkan dari sahabat-sahabat kita dari Seri Menanti yang sedang dalam penggambaran 'super-tele' sebuah produksi hebat - KRU STUDIO yang pada mulanya hanya ingin membikin sebuah telemovie berdurasi filem.

Dan semua krew produksi terlibat telah menandatangani kontrak dan menetapkan 'harga diri' masing-masing dengan harga seperti sebuah projek telemovie - bukan dengan harga sebuah projek filem.

Tetapi wakil penerbit turun ke set semalam dan mengumumkan akan menerbitkan 'super-tele' ini ke filem! Dan akan ditayangkan di pawagam nanti...DAN SEMUA KREW TIDAK BOLEH DINAIKKAN BAYARAN 'SUPER-TELE' INI KEPADA HARGA SEBUAH FILEM...  Untuk pengetahuan, bukan sikit perbezaan bayaran gaji super-telemovie dengan bayaran bagi sebuah filem. Bezanya lebih dari 5 ribu ringgit setiap orang. Untung besar...

Semua krew produksi terlibat seperti ditipu pihak produser dengan hanya penggambaran 2 minggu sahaja. Dan difahamkan, sebelum penggambaran, ketika proses pre-production, mereka semua telah dimaklumkan oleh penerbit, bahawa projek HANTU TOK MUDIM nie akan dinaik-taraf menjadi filem jikalau hasilnya baik.

*contoh antara scene dalam filem HANTU TOK MUDIM


Mereka (pihak produksi) seperti menipu krew produksi yang terlibat - kerana persiapan yang dibuat adalah untuk filem sebenarnya! Bukan sebuah telemovie atau super-telemovie kerana kamera yang digunakan adalah kamera filem REDCAM... Bukan 5D MarkII atau lelain seperti biasa.

Kami WP hanya melaporkan untuk pembelaan krew produksi terlibat - semoga sebelum tamat penggambaran minggu depan, bolehlah semua krew produksi nie sign kontrak baru - KONTRAK BAGI SEBUAH FILEM. BUKAN SUPER-TELE.

LAPORAN
Selain dari penulisan blog ini, krew terbabit disarankan menghantar satu laporan bertulis kepada Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PPFM) serta Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) yang membela nasib pekerja filem seperti kes ini untuk tindakan.

Inilah nasib pekerja filem andai tidak diberi perhatian. Sila baca lagi entry berkaitan pembelaan nasib pekerja filem http://wayangpacak.blogspot.com/2012/09/seksaan-dunia-pembikin-filem.html#.UF8TmKT9Eri

WP melaporkan - sila emailkan kepada kami untuk hak anda sebagai pembikin filem. wassalam.

*post ini bukan untuk menjatuhkan maruah satu company besar, tapi sekadar pembelaan kepada mangsa-mangsa ditindas - yang terlibat. Jika ada berita menggembirakan, post ini akan di-delete untuk menjaga nama baik syarikat itu sendiri. Dan mohon maaf akan disertakan secara terbuka.


"..Anda Artist, Mereka Selebriti.."
ditulis oleh www.wayangpacak.blogspot.com

Share this article :