SEKSAAN DUNIA PEMBIKIN FILEM

0 comments

"..Anda Artist, Mereka Selebriti.."
ditulis oleh www.wayangpacak.blogspot.com dalam ISU PERFILEMAN WP :
23 SEPTEMBER 2012 - Ahad

*kami bekerja siang dan malam - juga maghrib sebegini. Mana waktu solat kami?

Sedang dunia perfileman Malaysia dilanda badai dan musibah kejatuhan kutipan filem panggung wayang, wujud pula style baru dari penerbit-penerbit filem tanahair - menghasilkan filem dalam jangka masa pendek!

Itu bermasalah!

BERANI
Apabila satu production filem nie berani menghasilkan filem hanya selama 13 hari, maka wujud pula persaingan produksi lain dan pertikaian diantara mereka, kenapa mereka juga tak boleh siapkan filem selama 13 hari? Dan perjuangan mencipta rekod penggambaran dalam masa singkat mula berlaku.

"...Filem disiapkan dalam masa 10 hari penggambaran? Bagaimanakah hasilnya..?"

Sebagai contoh, Filem Salam Cinta disiapkan dalam masa 13 hari sahaja! Tetapi hasilnya tetap menarik malah meyakinkan ia satu karya yang baik - KERANA IA ADALAH SEKADAR FILEM RINGAN!

PERSAINGAN MULA WUJUD
Selepas kejayaan Salam Cinta disiapkan dalam tempoh 13 hari, wujud pula produksi yang mengejar atau terpaksa mengejar rekod tersebut  - mereka mula menyiapkan filem dalam masa 10 hari!! Apakah rekod ini sekadar untuk puaskan nafsu penerbit dan membuta tuli mendera dan menghukum pekerja filem mengerah keringat bekerja siang malam tak perlu solat???

TEKANAN PEKERJA FILEM
Tayangan Unggul, Metrowealth adalah nama besar, akan tetapi ramai yang tahu produksi ini ingin mencipta rekod penggambaran singkat, menjimatkan kos dan apakah kesannya terhadap kami krew produksi @ pembikin filem seperti kami? Menghadapi tekanan yang kuat dan karya filem tidak dihasilkan dengan sempurna kerana tidak diberi tumpuan (yang memakan masa panjang untuk satu scene yang berat).

Apakah disiplinnya...?

MASALAH YANG TIMBUL
Semua pekerja filem mula bersungut, malah bukan lagi 'hidup seperti manusia biasa' bangun seawal 6 pagi calltime - terpacak di set menunggu artis dan persiapan art atau set-up teknikal (semua ni wujud kerana persiapan @ tempoh pre-production yang pendek) makanya kena siapkan hampir 7 scene sehari secara puratanya sehingga ke pagi esok tanpa rehat membersihkan diri?

Inikah filem Malaysia di mata dunia?

Bagaimana pula hasilnya nanti...

*hujan panas terpaksa berkorban diri

SOAL BAYARAN PEKERJA FILEM

Juga menjadi masalah disini adalah : Bagaimana pula hak kami sebagai pembikin filem? Adakah dibayar dengan harga sebagai sebuah projek filem atau dibayar hanya mengikut hari penggambaran?

Difahamkan oleh krew produksi yang terlibat dalam pembikinan filem yang singkat ini, mereka mengadu dibayar dengan pembahagian harga mengikut hari! Dan bukan mengikut harga tertentu (yang mereka tetapkan sendiri untuk khidmat mereka).

Sebagai contoh : "..Filem yang lepas saya dibayar dengan harga RM10,000 untuk 30 hari penggambaran. Tetapi untuk filem shooting dalam masa 10 hari nie, saya hanya dibayar RM3000 sahaja.."

Apakah hak 'saya' tadi sebagai pembikin filem? Dibayar di atas keistimewaan beliau atau hanya dibayar mengikut hari?

Maksud keistimewaan adalah "...Saya bekerja untuk menyiapkan sesuatu filem dengan harga saya kerana saya bagus...dan awak (penerbit) jika mahu artwork atau hasil kerja saya, bayar saya untuk filem awak nie dengan harga saya. Awak (penerbit) nak siapkan filem ni seminggu ke, sebulan ke lantak awak lah, itu harga saya...Saya filmmaker, bukannya filmworker. Saya PENGKARYA FILEM. Tolong hormat hak orang lain.." (semua ini contoh dialog yang sepatutnya bagi seorang artist - pengkarya filem.

KESEDARAN SIVIK
Semoga penerbit filem menyedari apa itu yang dimaksudkan golongan artist dan selebriti.
Ramai krew produksi selalunya akan mempersoalkan kenapa artis/selebriti yang hanya hebat berlakon dan dijual tubuhnya serta tuturkatanya kepada filem tersebut dibayar dengan harga istimewa tetapi kami  hanya dibayar dengan harga macam pekerja kilang buruh kasar? Kami krew produksi yang membanting tulang mengerah keringat angkat besi lampu, berpeluh siang malam, malahan artis/selebriti yang hanya datang set, dengan Ipad duduk bersilang menunggu persiapan set, dalam keadaan selesa, dan paling utama - mereka berjadual! Mana jadual kami bekerja 30 hari tanpa henti malah dibayar sedemikian rendah - anda perlu sedar, mereka ini juga artist atau golongan pembikin seni layar dibelakang tabir, yang mencorak sesebuah gambar bergerak di layar putih lengkap dengan pencahayaan, props serta kehebatan lain. Yang bergadai nyawa ditengah hujan, bawah panas, seharian tak mandi, tak sembahyang... Siapa yang perlu membela golongan artist seperti ini? Inilah yang Wayang Pacak akan rungkaikan dan sensasikan. Kita jumpa lagi wahai artist.

"..Anda Artist, Mereka Selebriti.."
ditulis oleh www.wayangpacak.blogspot.com


Share this article :