IRON MAN 3 : KEMATIANNYA ADALAH PERMULAAN BARU

1comments

IRONMAN 3 : 'KEMATIAN' IRONMAN ADALAH SATU PERMULAAN BARU - WP




Oleh : shuhaimizulkefli

IRONMAN 3 ditulis semula pada bulan Februari 2011 dan proses pre-production bermula sejak itu sehingga April 2012 dan dibuat penggambaran bermula pada 23 MAY 2012.

Pihak penerbit sendiri mungkin pada asalnya target nak tayangan pada Disember 2012 @ Disember 2013 untuk Krismas (sesuai dengan cerita IRONMAN 3 nie). Tapi jadual tayangan yang dipilih pada April 2013 (musim panas) nie yang tak berapa sesuai.

MUNGKIN atas sebab-sebab tertentu.

Bukan salah pada cerita dan isinya yang tetiba keluar kisah krismas pada musim panas nie dan saya rasa ada sebab2 tertentu tu penonton dapat baca dalam filem IRONMAN 3 kali ni..

Cuba tengok storynya dan saya mengumpulkan bukti2 ini,

1. Naskhah filem ini me'mati'kan Ironman dengan kemusnahan villa a.k.a gudang robot tony stark tu di atas bukit tepi laut oleh serangan kumpulan pengganas.

2. Ending filem, Tony Stark buang serpihan bom kat dalam dada dia dan bersara sebagai Iron Man sebab nak bagi tumpuan pada bini kesayangan dia tu lahh.

3. Semua sut Iron Man dimusnahkan oleh Tony Stark dengan arahan kepada JARVIS (si robot digital dikenali sebagi lengan robotik tu) pada pengakhiran cerita dengan letupan bunga api (sut yang meletup)


semua nie sebenarnya refresh yang cuba dicipta oleh penerbit dia Kevin Feige sebagai titik baru kemunculan IRON MAN 4!!

Korang nak tau sebabnya?

Sebab, sedia maklum - peminat dah jemu dan bosan dengan set villa Tony Stark yang dah digunapakai sepanjang 3 series filem Iron Man. Semua dh tau selok belok rumah tu serta sut yang dah semakin bosan. Semua dah tahu, ada bilik bawah tanah, ada ruang parkir kereta mewah, ada tangga dari ruang tamu ke makmal bawah tanah serta dinding cermin yang pecah dalam Iron Man 2.

Jadi, pembikin nak timbulkan suspen kat penonton/peminat yang Iron Man dah tak akan wujud lagi, then tetiba tahun depan keluar trailer filem IRONMAN 4! Korang mesti nak pegi tengok lagi kan. Ini kuasa marketing bro!






Korang kalau dah pakai kereta 10 tahun pun korang nak tukar warna baru untuk bina semangat baru kan? Rumah pun nak renovate-lah ape lah.



 





Jadi sebenarnya comeback dia mesti lagi gempak untuk IRON MAN 4 dengan sut baru serta villa yang baru .. Dan mungkin ada watak HULK dalam IRON MAN 4 - bersama Dr. Bruce Banner (lakonan Mark Ruffalo)


WP  INI BUKTINYA YANG TERDAPAT DALAM IRON MAN 3 :



Tak perlu saya bercerita tentang kritikan keras dan tempelekan pembikin IRON MAN 3 berkaitan dasar politik Amerika yang suka mencipta musuh sendiri. Tak perlu saya bercakap mengenai isi cerita watak (allahyarham) Osama Bin Laden yang hanya sekadar topeng dan kambing hitam ciptaan Amerika untuk menyerang negara arab. Sebab semua dah sedia maklum, Barat buat filem bebas mengkritik tak macam Malaysia!


Kita tengok pada permulaan cerita, Tony bercerita pada seseorang yang kita tak nampak - saya pada mulanya pikir, Tony bercerita kepada penonton tentang lelaki cacat tue - yang sebenarnya cerita V/O Tony itu adalah perbualan bersama DR. BRUCE BANNER (yang bila marah bertukar jadi HULK si badang hijau tu laa)


Korang perasan tak ending dia, Tony Stark pegi ke tapak rumah lama, dan amik balik machine JARVIS dia - pakai trak pikap..? Bukan ke itu petanda ada kesinambungan yang baru?


Dia buang serpihan bom dalam dada tu dan cuba hidup sebagai manusia biasa. Tapi korang jangan tertipu yang IRON MAN akan berakhir disebabkan benda alah tu dan tak ada, sebab cer fikir, kenapa James Rhodes yang melakonkan watak Jeneral sebagai Iron Patriot (ironman warna biru, merah putih) diwujudkan?


Sebab setahu penonton, sut Iron Man hanya boleh diaktifkan dengan nuklear di dada Tony Stark. maknanya, manusia biasa pun boleh pakai sut ironman tu. IRONMAN 4 adalah kemunculan Tony Stark sebagai manusia biasa!


Atau kepeningan kepala si penulis filem nie dalam permainannya yang salah pada Iron Man 2 (orang biasa boleh pakaisut ironman).


Dan selepas ending credit dalam filem IRON MAN 3 nie, ada Tony Stark cakap kat Dr. Bruce Banner yang "Tony Stark akan kembali". Dan saya sendiri menyesal, tak melekat di kerusi panggung hingga habis tayangan end credit sebab itu adalah hobi saya bila ke panggung - kerana penampilan khas Mark Ruffalo ada di pengakhiran credit title - korang pun mesti menyesal.

Banyak kesimpulan baru (additional scene) disiarkan pada pengakhiran end credit oleh pembikin filem Hollywood sebenarnya kalau korang nak tahu.


Jadi, sama2 lah kita tunggu IRONMAN 4 yang maybe akan keluar samada hujung tahun nie atau tahun depan..


DAN MUNGKIN bukan lagi Tony Stark sebagai Iron Man selepas ini...?




KENAPA IRON MAN 3 DITAYANGKAN LEBIH AWAL SEBELUM KRISMAS?
WP

Ditayangkan bukan pada Krismas padahal storynya berlatarmasa bulan Disember? Ketika semua latar masyarakat dalam filem ini sedang persediaan menyambut Krismas? Mungkin spoiledkan mood korangkan?


Banyak sebab penerbit terpaksa keluarkan tayangan tak menepati tarikhnya - nak tahu? belajar jadi penerbit filem (atau saya akan ulaskan nanti tentang tarikh tayangan ke panggung nie adalah mainan penerbit)


Ramai yang cakap filem ni gagal - tapi bagi saya tak. Filem ni mungkin macam filem-filem Barat lain yang mempunyai double meaning tersendiri berkaitan isu semasa dunia. Cuma pandangan saya, IRON MAN 3 hanya dijadikan jambatan untuk ke episod akan datang. So, jangan kecewa, ia tetap menghiburkan!




TETAPI IRON MAN 3 BOSAN SEBAB IDEANYA TAK FRESH
WP

Mula saya menonton trailer IRON MAN 3, saya ingat seperti musuh IRON MAN 3 adalah yang terhebat di abad nei... tapi bila duduk di kerusi berhabuk panggung Galaxy Ampang semalam, saya hampa sebab idea untuk watak antagonis @ musuh adiwira terhebat nie hanyalah klise semata!


Mungkin seperti orang lain, nak melayan kehebatan adiwira, tapi saya ke panggung melihat filem adiwira nie semata-mata melihat pembikinnya, adakah mereka hebat dalam cabaran mencari musuh baru untuk adiwira yang mempunyai peminat seluruh dunia ni???



impian saya bukan pada scene hebat utk filem akan datang,

saya sebenarnya menunggu CABARAN pembikin filem ni nak cipta musuh baru untuk hero dia "..siapa musuh terbaru ironman 4…"

sedia maklum filem adiwira, musuh dorang dah terlalu basi. CONTOH MUSUH kepada superhero nie : 

1. rakan@peminat lama yang tetiba muncul jadi superhero hebat lawan dgn adiwira : contoh filem Ironman 3, incredible (animasi)

2. alien turun serang bumi : contoh filem Avengers

3. kepala gangster/pencipta teknologi yang pakar banyak duit nak tawan bumi pakai teknologi hebat : contoh filem Despicable Me (animasi), Spiderman

4. dan banyak lagi lah..

jadi dorang nie skang tengah perah otak nak cipta musuh baru yang tak klise dengan filem superhero yang dah ada. tinggi cabaran tueee…kalau dapat idea fresh, komform scene impian yg tak dijangka dan hebat akan ada..

## IRONMAN 3 menggunakan resipi lama,basi - tetiba ada peminat lama yang datang jadi superhero macam filem INCREDIBLE (animasi) - cer layan... WP



Share this article :

+ comments + 1 comments

July 6, 2013 at 2:16 AM

Yang sebenarnye..sinambungan crite ni bkn tuk iron man 4..tapi tuk the avengers 2..sbb tu la ade bruce banner..

Post a Comment