PERTANDINGAN FILEM PENDEK INSPIRASI P. RAMLEE (2013)

0 comments

*click gambar untuk lebih jelas & share pada rakan




PERTANDINGAN FILEM PENDEK
INSPIRASI P. RAMLEE
anjuran
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN
_________________________________________________________________

  1. Pendahuluan
Tahun 2013 genaplah 40 tahun Seniman Tan Sri P. Ramlee berpulang ke Rahmatullah. Beliau telah meninggalkan kita dengan mewariskan sejumlah karya yang hebat dan bernilai tinggi, dalam bentuk lagu dan filem. Sebahagian besar daripada karya ini masih dapat dinikmati kerana sering disiarkan atau ditayangkan melalui media elektronik. Ternyata karya-karya beliau tetap mendapat sambutan dan mampu diapresiasi bukan sahaja oleh golongan berusia, tetapi juga oleh remaja dan kanak-kanak. Apa yang membuatkan ciptaannya itu bersifat malar segar ialah kesesuaian isu dan persoalan yang dipaparkan (melalui filem terutamanya) dengan situasi semasa pada setiap zaman. Komentar, kritikan, pandangan dan pemikiran yang diungkapkan beliau di dalam karya filemnya didapati sentiasa relevan dengan perkembangan sosio-budaya semasa. Justeru itulah maka, setiap karyanya harus disegarkan dan dihidupkan sepanjang masa, agar generasi yang lebih muda dan generasi akan datang dapat menghayati ciptaan seniman bijaksana ini. Pelancaran program Kursi P. Ramlee oleh ASWARA baru-baru adalah salah satu daripada usaha ke arah pencapaian matlamat berkenaan.
  1. Tujuan
Kertas ini disediakan dengan tujuan untuk menganjurkan satu pertandingan menghasilkan filem pendek, berdasarkan judul dan watak dari filem-filem yang pernah dilakonkan atau diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Pertandingan ini dinamakan “PERTANDINGAN FILEM PENDEK INSPIRASI P. RAMLEE”.

  1. Objektif:
1.    menggalakkan masyarakat umum, khususnya kalangan remaja, menghasilkan filem pendek sebagai satu wadah hiburan, di samping menyampaikan sesuatu pemikiran mengenai pelbagai isu;
2.    menggalakkan masyarakat umum menonton, menghayati dan memberikan penghargaan kepada karya filem tokoh-tokoh terdahulu, terutamanya Seniman Tan Sri P. Ramlee;
3.    memberi peluang kepada “masyarakat filem” menyatakan kekaguman mereka terhadap filem ciptaan P. Ramlee, melalui karya filem pendek yang mereka hasilkan sendiri;
4.    melihat sejauh mana filem-filem P. Ramlee mampu memberikan inspirasi kepada pembikin filem baharu, melalui bentuk filem pendek yang dihasilkan;
5.    mencungkil bakat pembikin filem baharu yang kreatif dan inovatif, hasil inspirasi daripada filem-filem P. Ramlee.
4     Pelaksanaan:
1.    Penganjur “Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee” ini ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
2.    Pertandingan ini akan dilancarkan pada 1 Februari 2013 dan ditutup pada 2 Mac 2013.
3.    Filem pendek yang memenuhi syarat dan melepasi saringan awal akan disiarkan melalui Youtube dan ditayangkan di Televisyen Malaysia selama satu setengah bulan untuk dinilai dan diundi oleh penonton.
4.    Keputusan pertandingan akan diumumkan dalam 29 Mei 2013, iaitu pada majlis penyampaian hadiah yang akan ditentukan tarikh dan tempatnya kemudian.
5.    Akhbar rasmi Pertandingan ini ialah Kosmo dan stesen televisyen rasmi pula ialah Televisyen Malaysia(TV1).

5     Khalayak:
1.    Pesertayang disasarkan untuk menyertai Pertandingan ini ialah masyarakat umum, sama ada pelajar, orang awam, peminat dan pembuat filem amatur.
2.    Khalayak sasaryang dijangka akan menonton dan membuat penilaian (undian) terhadap filem-filem pendek hasil daripada Pertandingan ini ialah masyarakat umum (penonton televisyen, pelayar internet).
6     Penilaian:
1.    Filem-filem pendek yang menyertai pertandingan ini dan telah melalui proses penyaringan awal akan ditayangkan melalui Televisyen Malaysia dan juga disiarkan melalui Youtube. Penonton televisyen dan pelayar internet boleh membuat undian terhadap filem-filem yang mereka suka dan akan memberikan 30 peratusmarkah.
2.    Penilaian terhadap filem-filem pendek yang menyertai Pertandingan ini juga akan dilakukan oleh Panel Hakimyang akan dilantik, terdiri daripada ahli akademik, pengamal industri, pengkritik filem dan tokoh-tokoh tertentu. Panel Hakim ini akan memberikan 70 peratus lagi markah kepada setiap filem.
3.    Penilaian dilakukan terhadap kreativiti dan inovasi yang diperlihatkan oleh peserta, hasil inspirasi daripada filem-filem P. Ramlee.
4.    Keaslian naratif filemdan kelainan tema turut diberikan perhatian, di samping kejelasan dan ketepatan karya sebagai filem pendek dari segi definisi, struktur dan konsepnya.
5.    Pemilihan panel hakim dan proses penilaian akan dilakukan sepenuhnya oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Malaysia.
7     Justifikasi:
8.1       Pertandingan seumpama ini belum pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak;
8.2       Pertandingan ini akan memberikan galakan kepada para peserta untuk memahami dan menghayati filem-filem P. Ramlee dengan lebih teliti;
8.3       Filem-filem yang dipertandingkan akan menyegarkan dan menghidupkan lagi karya Seniman Agung itu dan khalayak umum berpeluang menikmati serta menghayatinya;
8.4       Pertandingan ini akan menjadi suatu program penghormatan kepada Allahyarham P. Ramlee sebagai seniman terhebat pernah lahir di Malaysia.
8.5       Pertandingan ini akan memberikan motivasi dan inspirasi kepada kalangan pembikin filem dan mampu melahirkan karyawan filem baharu yang lebih kreatif dan inovatif.
8    Penutup dan Kesimpulan:
Berdasarkan objektif, justifikasi dan keterangan-keterangan di atas, maka kertas cadangan ini dikemukakan untuk pertimbangan dan seterusnya kelulusan bagi dlaksanakan.

Disediakan oleh:
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Malaysia. 31 Januari 2013
..............................................................................................................

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1.    Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berumur 18 – 40 tahun pada 1  Februari 2013,(pelajar, orang awam atau karyawan filem amatur) 
2.    Warga kerja ASWARA, FINAS, RTM dan akhbar Kosmo! tidak dibenarkan.
3.    Menggunakan video definisi tinggi (HD) sahaja dan produk akhir mestilah dihantar dalam bentuk DVD. 
4.    Hakcipta filem pendek dipegang oleh peserta. Bagaimanapun, penganjur memegang hak penyiaran, penayangan dan penerbitan semula.
5.    Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada tiga judul filem pendek.
6.    Keputusan Panel Hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan dalam apa juga bentuk tidak akan dilayan.
..............................................................................................................
PERATURAN :
1.    Setiap filem pendek hendaklah menggunakan salah satu judul filem yang pernah dilakonkan atau diarahkan oleh Seniman P. Ramlee. Judul asal ini boleh ditambah dengan perkataan atau perkataan-perkataan lain, bergantung pada kreativiti peserta.
2.    Cerita filem pendek mestilah idea asal peserta sendiri dan tidak boleh mengambil cerita daripada filem asal atau mana-mana sumber penerbitan.
3.    Tema cerita filem pendek adalah bebas, tetapi tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang berkait dengan politik, perkauman, agama dan seumpamanya.
4.    Setiap filem pendek juga hendaklah menggunakan satu atau dua watak terkenal dari mana-mana filem P. Ramlee (tidak semestinya dari filem yang sama). Perwatakan watak yang dipilih juga tidak semestinya sama dengan dengan watak asal.
5.    Setiap filem pendek mestilah menggunakan sebaris atau satu ungkapan dialog popular dari mana-mana filem P. Ramlee (tidak semestinya yang diucapkan oleh watak yang dipilih). Contoh dialog: “Bahasa menunjukkan bangsa” (dari filem “Seniman Bujang Lapok”) 
6.    Durasi bagi setiap filem pendek hendaklah antara 5 – 7 minit sahaja (dikira dari fade in hingga kepada fade out).
..............................................................................................................
PENILAIAN :
1.    Filem-filem pendek yang menyertai pertandingan ini dan telah melalui proses penyaringan awal akan ditayangkan melalui Televisyen Malaysia dan juga disiarkan melalui Youtube. Penonton televisyen dan pelayar internet boleh membuat undian terhadap filem-filem yang mereka suka dan akan memberikan 30 peratus markah.
2.    Penilaian juga akan dilakukan oleh Panel Hakim yang akan dilantik, terdiri daripada ahli akademik, pengamal industri, pengkritik filem dan tokoh-tokoh tertentu. Panel Hakim ini akan memberikan 70 peratus lagi markah kepada setiap filem.
3.    Penilaian dilakukan terhadap kreativiti dan inovasi yang diperlihatkan oleh peserta, hasil inspirasi daripada filem-filem P. Ramlee.
4.    Keaslian naratif filem dan kelainan tema turut diberikan perhatian, di samping kejelasan dan ketepatan karya sebagai filem pendek dari segi definisi, struktur dan konsepnya.

..............................................................................................................

HADIAH :
           Tempat Pertama:      RM20,000
           Tempat Kedua:         RM15,000
           Tempat Ketiga:         RM10,000
           Penghargaan:           RM  5,000 (5 x hadiah)
..............................................................................................................

TARIKH TUTUP :
Semua penyertaan mestilah sampai ke alamat berikut selewat-lewatnya pada 2 Mac 2013
HANTAR :
Urus Setia PERTANDINGAN FILEM PENDEK INSPIRASI P. RAMLEE
“Inspirasi P. Ramlee, Kreativiti dan Inovasi Anda”
Bahagian Korporat dan Perhubungan Antarabangsa
Pejabat Rektor
Aras 3, Blok 1, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur




BORANG PENYERTAAN :
Hubungi - Tel:  03 – 2697 1124  / Faks:  03 – 2697 5452  /  Emel: promosi@aswara.edu.my Laman Sesawang:  www.aswara@edu.my
LEBIH LANJUT LAWATI : 

Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P.Ramlee
Borang Penyertaan


KLIK WEBSITE ASWARA UNTUK PEMERHATIAN : http://aswara.edu.my/filpen_pramlee
Share this article :