ANALISA FILEM : AMADEUS (1984)

0 comments

Amadeus Pictures, Images and Photos

Pada 1984 MILOS FORMAN terpaksa memotong banyak babak dalam AMADEUS - kisah komposer istana di abad ke-18, Antonio Salieri ( diperan oleh F Murray Abraham) yang jadi gila dek cemburunya terhadap komposer genius iaitu Wolfgang Amadeus Mozart (diperan oleh Tom Hulce); tetapi kini dengan DVD Director's Cut, Forman  memuatkan semula hampir 20 minit babak yang 'hilang' itu dan menjadikan filem ini sebagai sebuah karyanya yang paling agung.

Babak yang hadir semula  itu menambahkan kehebatan Amadeus termasuk adegan Mozart bermain piano untuk sekumpulan anjing tetapi yang paling menarik ialah usaha Salieri berdoa kepada Tuhan supaya Mozart cepat mati dan niatnya untuk mencabul isteri Mozart. Bagi yang pernah menonton Amadeus ediasi biasa dulu bagi saya wajib mendapatkan Director's Cut ini kerana begitu essential.

Bagi saya Amadeus adalah sebuah filem yang terlalu sempurna . Idea supaya kisah Mozart ini disampaikan secara naratif oleh Salien yang sudah gila ketika itu menyuntik banyak emosi, dramatik serta eksplisit. Kita cuba menyakinkan diri bahawa Mozart mati kerana bekerja gila babi mencipta muzik tetapi sang pengarah secara perlahan-lahan menyelinapkan kemungkinan bahawa Mozart sebenarnya mati kerana dia kaki mabuk dan di akhir hayatnya dia minum arak sampai mati di samping mencipta nota muzik terakhirnya.

Forman (Pengarah) mengakui Mozart genius dalam muzik tetapi dalam masa yang sama banyak betul babak Mozart keluar rumah seketika untuk minum arak, babak di mana isterinya jumpa banyak botol arak serta babak apabila Mozart terpaksa membuang banyak botol arak ketika bapanya melawatnya di Vienna.

Hakikatnya walaupun kita terlalu menyanjungi kerja Mozart ataupun orangnya secara peribadi, kita terpaksa menerima  bahawa dia adalah kaki perempuan, kaki botol dan dia minum arak sampai mati.

Itulah kehebatan karya sutradara filem ini, apabila tidak secara terang-terang memberikan punca kematian Mozart, sebaliknya membiarkan penonton fikir menerusi babak-babak simple yang ditampilkannya.

Biarpun Salieri busuk hati dan ada rancangan untuk hancurkan hidup Mozart kerana terlalu menceburuinya, the truth is Mozart adalah pembunuh dirinya sendiri. Apa uyang lebih menyedihkan ialah kesengsaraan Salieri apabila dia berkata: "Tuhan menghukum aku dengan membunuh manusia paling genius dalam muzik dan memanjangkan hayat aku yang tidak mungkin sama dengan bakat yang Mozart miliki."

Hidup Salieri sengsara kerana dia tidak mungkin dapat memiliki bakat seperti Mozart walaupun dia sebenarnya lebih sanggup mati dulu asalkan orang tahu dan kenal muziknya.

Ironinya, Mozart yang mati dan Salieri yang hidup lebih lama tapi jadi gila kerana obsesi cemburunya terhadap Mozart.

This it one of the best movie ever made!

Analisa oleh WAYANGPACAK.
Share this article :