ANALISA FILEM : THE MAJESTIC

0 comments


ANALISA FILEM OLEH WAYANGPACAK

Wajarkah kita skeptikal terhadap filem ini, apabila ia datang dari orang yang sama memberikan kita The Shawshank Redemption dan Green Mile iaitu FRAN DARABONT? Atau skeptisme kita wujud apabila JIM CARREY sekali lagi  selepas The Truman Show mencuba watak serius.

Ini statement aku, Carrey patut dicalonkan Aktor Terbaik bagi filem Man On The Moon , The Truman Show dan sudah tentu untuk filem THE MAJESTIC tetapi itu semua harapan aku sahaja kerana Carrey untuk kesekian kalinya tertinggal bas lagi  dalam senarai percalonan tersebut. Sungguh! hollywood benar-benar memang buta mata dan hati!

Penceritaan Darabont menerusi skrip yang ditulis oleh MICHEAL SLOANE, bukan sekadar memberikan satu plot yang tipikal, sebaliknya setiap babak digarap sempurna dan menimbulkan maksud mendalam untuk kita menganalisa sendiri jalan jalan ceritanya.


Darabont aku anggap sebagai sorang pemimppin yang bantu membentuk kerajaan sempurna dalam produksinya kerana setiap watak dalam filem ini sama ada kecil atau besar begitu unik, hidup dan memberi makna.


Dalam The Majestic, Carrey adalah seorang penulis skrip Hollywood pada era 1950-an yang  terumbang-ambing. apabila dia disyaki terbabit dalam skandal komunis, pohak studio menyingkirkannya. Carrey membawa diri memandu dan terbabit dalam kemalangan jalan raya lalu ingatannya hilang. 


Dia ditemui di sebiah pekan kecil dan disangka menjadi anak seorang lelaki (Landau). Carrey yang mirip anak Landau disangkakan sudah mati di medan perang tetapi kemunculannya menceriakan pekan yang mati semangat itu.


Carrey jadi nadai pekan itu kerana kehadirannya memberikan nyawa dan pekan berkenaan jadi bertamabah 'sihat' apabila Landau dan Carrey berusah membuka semula pawagam The Majestic yang sudah lama gulung tikar.


Kehadiran Carrey dipekan itu memberikan makna dalam suasana itu.

Carrey kemudian didakwa di mahkamah atas tuduhan berkomplot dengan komunis dan ketika itu Darabont menyuntik killer-nya di mahkamah. Sebagaimana aku enjoy dengan adegan di dewan rakyat Mr Smith Goes To Washington, aku juga terhibur dengan lakonan Carrey dalam The Majestic!#
Share this article :