Hai semua berjumpa lagi. Semoga redup kutipan tayangan filem sekarang tak mematahkan semangat kita untuk belajar berkongsi rasa mengenai tabir pembikinan sebuah filem hasil tangan anak jati Malaysia!
Bukan perbicaraan lain yang saya usulkan tetapi berkongsi rasa mengenai 'soul' atau roh / semangat / jiwa untuk menjadi seorang PEMBIKIN FILEM dan bukannya hanya sebagai PEKERJA FILEM.
Bagi anda mungkin, apa bezanya tugas filmmaker dan filmworker?
Begini ceritanya...
Seorang anak jati Melayu bergelar lepasan SPM atau siswazah memilih hidupnya menjadi seorang pembikin filem dengan sambung belajar dalam bidang perfileman sehingga diploma atau ijazah. Ia hebat digelar FILMMAKER (pembikin filem). Dan seorang lagi anak jati Melayu datang ke KL tanpa sekeping sijil atau SPM kantoi dan bekerja di lain bidang...dan bekerja di dalam bidang seni ini, tanpa sebarang ilmu perfileman. Ia layak digelar FILMWORKER (pekerja filem).
TRANSFORMASI!
Maka magic bermula. Transformasi berubah. Pabila si filmmaker yang berilmu setiap inci apa itu filem, mula bosan. Mula hilang minat. Mula menyesal pilihan masa depan. Mula tersilap langkah. Mula pertikai rezeki yang menjadi sumber. Ahh! Apalah nasib. Si filmmaker ini mula berkira tentang bayaran, mula malas belajar ilmu filem. Belajar dan bekerja hanya kerana duit. Lalu menyusahkan ramai pihak. Tidak berani berhadapan dengan kesalahan. Banyaknya alasan. Lalu melangkah tinggalkan dunia filem. Itulah nasib seorang pada mulanya digelar filmmaker. Sekarang lebih layak digelar pekerja filem (FILMWORKER) atau bekas pelajar sekolah perfileman. Bekerja di sektor berlainan. Bekerja sebagai cashier , waiter, penjual ikan dan segalanya lain. Totally! Tanpa ada sebarang perasaan lagi mau bikin filem yang mampu lonjakkan Malaysia jauh ke mata dunia....tamatlah kisah mereka.
Transformasi berjaya satu lagi, lebih seronok aku nak bicarakan. Kisah seorang anak jati Melayu yang datang dari kampung tanpa sebarang sijil. Datang dari sektor berlainan, sebagai penonton layaknya - tanpa sebarang ilmu perfileman. Tetapi memiliki soul. Miliki jiwa berdarah seni yang tuhan anugerahkan. Mula ceburi bidang perfileman. Mula berjinak2 dengan kamera dan cahaya. Malah bila diberi pekerjaan di sebalik tabir, beliau dengan jayanya bersungguh2 melakukan walau tanpa ilmu. Terkial2 belajar didalam set. Dibayar begitu murah tapi ada yang sanggup. Inilah yang kita cari. Beliau yang hanya tanpa sijil tanpa ilmu filem, menjadi seorang yang berpengaruh dan disegani. Kerana hasil karyanya. Hasil kerjanya. Biarlah kerja yang bercerita pada manusia. Beliau yang dari awal layak digelar filmworker kini telah dianugerahkan gelaran FILMMAKER.
Published with Blogger-droid v2.0.4