BEZA KREW PRODUKSI FILEM DAN KREW DRAMA

0 comments


"..Anda Artist, Mereka Selebriti.."
ditulis oleh www.wayangpacak.blogspot.com


Assalamualaikum...wbt.

Untuk entry hari ini, ingin saya berkongsi pengalaman seorang sahabat yang bekerja di aliran produksi filem dan untuk showreel, beliau telah terlibat hampir berpuluh pembikinan filem.

Tujuan perkenalan dan sedikit latarbelakang di atas hanya untuk meyakinkan bahwa ceritanya agak pedas dan menjadi tanda-tanya andai diborak...(sebenarnya banyak yang kami gelakkan - tapi disini bukan bertujuan mengkritik atau mencela individu - maaf)

PERBEZAAN KETARA KREW PRODUKSI FILEM DAN KREW PRODUKSI DRAMA
Saya pernah bekerja sebagai assistant director untuk beberapa filem dan drama serta telemovie. Amat jelas untuk pengetahuan umum, bagi saya beza, memang berbeza!

Saya pernah diperkenalkan dengan seorang Production Manager (PM) salah sebuah drama, dan beliau sebulat suara menolak assistant director yang terlibat dalam industri perfileman atas alasan AD filem banyak kerenah dan lembab! Tak kisah lah memang betul lembab sebab kami buat filem! Filem memerlukan penelitian!

Satu hari minimum 1 scene besar, dan maksimum yang sepatutnya adalah 4 scene sahaja secara puratanya yang perlu kami siapkan sebagai sebuah filem yang betul-betul diberi tumpuan. Amat berbeza dengan drama kerana mampu habiskan hampir 30 scene 1 hari penggambaran.

Kembali kepada sahabat saya tadi, sekarang beliau dalam penggambaran sebuah filem seram satu produksi berjenama plug motor nie, kisah pontianak yang menjual paku dan telah siapkan penggambaran selama 4 hari.



Apa yang menjadi bahan gurauan di sini, bukan nama company tu macam plug motor, tapi casting crew yang mungkin menjadi tanda soal bagi pembikin filem yang lain.

Pengarahnya, berbangsa India dan kali kedua membikin filem. Bertanyakan, apa tujuannya format rakaman memerlukan audio yang berasingan? Dan beliau baru tahu apa itu fungsi sebenar clapper board.

Director of Photography (DOP) pula adalah seorang cameraman terhebat dalam industri televisyen drama/telemovie dan program lain, tetapi pertama kali buat DOP untuk filem. Yang menjadi persoalan, hampir kesemua tenaga kerjanya juga adalah orang drama! Dan beliau langsung tidak mahu tahu dan tak hormat apa itu disiplin sebagai seorang DOP sebuah filem yang menggunakan ARRI ALEXA...bukan 3CCD seperti kebiasaannya!

Beliau tak tahu menahu/atau tahu dan tak buat seperti apa DOP lain diwajibkan buat ketika penggambaran. Sampaikan beliau tak kenal apa itu end slate, ID slate, perlunya clapped dan kenapa perlu menyebut "..mark.." dan banyak lagi kelemahan atau sengaja tak mahu buat yang sepatutnya seorang DOP filem lakukan.

Focus Puller juga mengaku, dia terhebat dalam buat focus disebabkan pada dahulu kerjanya mengukur batang kayu untuk dipotong. Dan juga tak memahami kenapa perlu membantu continuity yang amat penting dalam dokumentasi rakaman sesebuah filem!

Continuity mereka juga agak memeningkan - bekerja pertama kali dalam sebuah produksi filem yang langsung tak pernah atau tak memilik walau sehelai conty sheet!!!! Hanya bawa sebuah buku kecil, untuk catatan setiap scene. Apa ini? Mana conty breakdown, mana conty sheet, mana catatan f-stop, mana catatan jenis lense yang dipakai, mana catatan number mag serta NG or Good take pilihan director? Director sengaja tak mahu tahu atau memang tak tahu itu semua penting? Anda tahu, Conty tersebut langsung menyusun setiap single shot dengan susunan shot baru! Bukan

Assistant director juga adalah amat memenatkan, dalam masa 4 hari, produksi ini dah berjaya siapkan 40 scene / 1 hari = siapkan 8 hingga 14 scene dalam masa sehari untuk 18 hari penggambaran. Semua jumlah ada 98 scene. Bermakna, ini betul-betul2 sebuah produksi drama. Bagaimana ?

Ada satu scene, pelakon tersebut perlu menyanyi di dalam rumah - sebuah lagu. Tetapi tak tahu sebab lagu tu, lagu baru. Jadi, pencipta lagu terpaksa berada sebelah pengarah dan bila tiba part menyanyi, si pelakon hanya miming nyanyian dari luar set/di monitor dari pencipta sebenar lagu tersebut. Anda paham? Seorang pelakon terpaksa miming nyanyian orang lain dari luar set, bukannya rakaman audio walau kaset sekalipun - live dri pencipta lagu sendiri! Itu bukan menjadi masalah, yang menjadi kelucuan di sini, berpuluh take terpaksa diambil sebab suara dan miming xkena gaya - director tak suka....aduh

Ada banyak lagi yang menyedihkan peminat filem kita berlaku disekeliling nie. Jadi, saya amat berharap, sebelum filem tu mengalami masalah dalam proses post-production/penyuntingan makanya buatlah yang terbaik untuk diri sendiri...

wallahua'lam...
Teguran untuk masa depan maruah filem Malaysia. bikinlah yang terbaik....


"..Anda Artist, Mereka Selebriti.."
ditulis oleh www.wayangpacak.blogspot.com





Share this article :