Demi kelangsungan penerbitan filem Malaysia atau demi perut 'account' syarikat penerbitan filem - producer kini mula membayar harga para pekerja filem dengan bayaran yang tak masuk akal!
Kita disogok kerajaan dengan kenaikan gaji serta kenaikan harga barang, dan kejatuhan kutipan filem tahun lepas (2012) maka lahirlah producer yang berperangai nak save budget @ cut-cost dalam segala aspek yang melibatkan modal pembikinan serta pembayaran.
Depan mata penulis WP, seorang penolong pengarah pernah bertekak dengan line producer tentang perbezaan harga bayaran kepada artis dan krew filem,
"...korang nie nak buat filem gempak-gempak, nak meletup panggung wayang aku tengok, nak kerah semua tenaga orang lebih dari had, tapi nak bayar gaji krew pon potong-potong, korang sanggup bayar artis lebih dari RM60,000 satu filem, ada jadual datang set, tapi tenaga kerja balik tabir setiap hari datang, 24 jam bekerja, korang bayar rendah, nak potong lagi..."
- tengking penolong pengarah tersebut.
Kisah lain, salah seorang pengurus produksi yang kini bekerja di sebuah produksi filem terkenal pernah sound setepek tepat kena pada muka salah seorang producer kedekut ni,
"...Kalau nak jadi producer tapi duit pon takde, baik tak payah jadi producer..!"
Dan producer tersebut terkedu malu dihadapan artis dan krew lain di dalam set.
Sebab tu sekarang ramai producer yang suka-suka potong duit, potong gaji pekerja dan pelakon, potong harga sewa peralatan, potong harga bayaran lokasi - DAH TAK NAMPAK NAK DATANG SET PENGGAMBARAN usha kerja pembikinan filemnya. Malu nak berhadapan dengan semua orang sebab takde duit nak buat filem. Alasan sibuk. Penipulah.
Inilah penyakit producer/penerbit 'bayangan' sekarang ni.
PUNCANYA
Jadi, sebelum penulis WP buat ayat lebih-lebih dan kritikan yang menjatuhkan maruah, jom kita rungkai satu persatu masalah ini.
KUTIPAN PAWAGAM SEMAKIN JATUH
Bila wujud pilihan kepada penonton dan peminat untuk menonton filem terbaru seperti Astro First, tonton dari Youtube, DVD cetak rompak serta website download, maka kutipan tiket memang akan semakin jatuhlah!
Orang kini mana ada masa ada duit lebih nak buang pergi panggung lagi dah. Diorang pergi sebab cerita best, filem yang menjadi buah mulut, publisiti media cetak, dan penonton Malaysia sekarang pun dah pandai dengar pasal kutipan filem mana yang lebih tinggi, baru diorang rajin langkah kaki ke panggung wayang!
Zaman sekarang dah takda apresiasi seni @ penghormatan karya pembikin dengan membayarnya di panggung wayang. Zaman sekarang nie click n download ja.
Semua penyakit tahun 2012 nie lah penyebab producer kering kontang dalam kutipan dan rugi di arena peperangan filem di pawagam - bersaing lagi dengan filem luar yang lebih baik pada harga tiket sama rata.
Sebab itulah produser kita dah mula buat filem cerita mengarut-ngarut, yang hanya masuk panggung datang untuk gelak, keluar panggung jiwa kosong! Cerita buruk, korang jangan nak salahkan pembikin saja.
PRODUSER RUGI
Kos pembikinan filem secara puratanya di Malaysia adalah berjumlah RM2 juta (anggaran berdasarkan kos pembikinan filem pada tahun 2010-2012 di Malaysia)
(http://finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2012)
Tapi kutipan tak mencecah harga kos keseluruhan. Jadi, penyakit produser ni semakin teruklah. Mulalah nak potong budget pembikinan sebab nak kurangkan kos penerbitan filem tersebut.
SIA-SIAKAN BANTUAN KERAJAAN
Bukanlah Kerajaan tak support dengan duit, dah ada disediakan cuma 'tak sampai'.
Renung dan pikir kembali budget kerajaan setiap tahun untuk industri seni perfileman nie berapa yang diperuntukkan tapi kenapa masih wujud golongan yang menindas pekerja filem nie.
KESAN
Makanya, wujudlah cara kerja yang semakin teruk dari kalangan pembikin, disebabkan tekanan penggambaran yang dipendekkan hari, kos dihadkan dan lain-lain.
Harga pekerja film/krew penerbitan dipotong,
Harga bayaran pelakon serta extra berkurang,
Penindasan kepada pekerja lama yang miliki rate pembayaran tinggi
Produser sanggup amik budak baru nak belajar/bekerja buat filem dengan harga rendah.
Lokasi penggambaran tak nampak eksklusif dan murah malah minta sponsor lagi.
Wujudkan suasana kerja dalam tekanan tinggi mental serta fizikal semua pembikin di set.
dan yang paling penting,
Kualiti sesebuah filem itu terjejas.
Filem Malaysia masih lagi tak akan dipandang dunia kalau wujud penyakit-penyakit producer ni.
Kita fikir-fikirkan...
Kemajuan membawa pembaharuan baik dan buruk dalam industri perfileman tanahair. Pihak atasan, ambillah seberapa banyak tindakan dan perubahan.
+ comments + 2 comments
cuba bawa berbincang....
kalau aku melabur pun aku takut..kenapa still nak salahkan producer kalau sebab mcm ni..?? oklah potong berbanding producer masuk longkang..korang pun dia tak jumpa lagi dah..apa ra..