Analisa WP hanya pada babak pertama filem ini iaitu scene bot penambang.
Rahsia Pendekar Bujang Lapok
Pada episod kali ini, Wayang Pacak akan menganalisa mise en scene dan maksud tersirat dari filem hitam putih karya arahan Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee (Seniman Agung Negara)
Mengikut sebuah cerita benar, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bertanyakan kenapa tegurannya kepada anak bangsa melalui filemnya sebelum ini mendapat kritikan dan ditolak oleh penonton? Mungkin teguran itu terlalu setepek tepat ke muka penonton. Masyarakat pantang ditegur. Jadi, P. Ramlee dinasihat untuk membuat teguran bersahaja dalam keadaan santai dan menghiburkan - maka muncullah filem Pendekar Bujang Lapok untuk mencabar resepi tersebut - (penulis WP sampaikan berdasarkan cerita buah mulut tanpa fakta yang boleh dibuktikan)
ANALISA FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK - oleh Penulis Wayang Pacak | WP
Melihat pada tahun ditayangkan iaitu tahun 1958, selepas Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan dan mungkin penggambaran serta skrip disiapkan setahun lebih awal, P. Ramlee seperti menyampaikan sesuatu peringatan dalam nada sinis kepada penduduk Tanah Melayu ketika itu.Pembukaan filem Pendekar Bujang Lapok scene jeti penambang miliki misteri tersendiri. Kisah sebuah kampung kuala yang menghubungkan satu lagi kampung Pinang Sebatang di seberang menjadi pengangkutan paling penting ketika itu. Siapa yang menguasai perkhidmatan yang menguntungkan tersebut? Sudah tentulah Ahmad Nisfu yang digambarkan P. Ramlee berpakaian seperti kolonial British dengan topi serta baju menaiki kereta buatan eropah
Watak beliau disifatkan golongan pemikir nuansa filem sebagai penjajah British dihormati di Tanah Melayu yang dibuktikan dengan penampilannya.
Lihat pula kewujudan pengikut berpakaian baju putih berbelang seragam seperti tentera secara ringkas. Mereka inilah digambarkan bala tentera British sebagai pencacai yang memperkukuhkan lagi kedudukan British di Tanah Melayu. Tetapi casting pelakon yang dipilih semuanya adalah Melayu. Kenapa?
Satu babak yang mengkritik sikap kaum Melayu adalah babak pisang. Salah seorang pencacai mencuri pisang dan pemilik pisang berdialog, "..eh, jangan mencuri lah! kalau nak kita boleh bagi lah.." lalu tanpa rasa malu, diambil lagi banyak tanpa rasa syukur dengan apa ada ditangan yang telah dihalalkan oleh pemiliknya. Tamak.
Adakah ini sikap Melayu yang cuba ditegur oleh P. Ramlee atau sikap penjajah yang tak pernah puas mengikis segala isi bumi Tanah Melayu?
Babak kemunculan Ramlee, Sudin, Ajis dengan membawa bungkusan baju, pisau dan sebiji epal setiap orang. Apakah anda penonton tidak merasa ralat dengan keadaan itu? Cuba kaji latar masa, tempat dan perwatakan mereka digambarkan golongan miskin, homeless dan tidak miliki apapun, tetapi mampu membeli sebiji epal setiap satu. Apakah itu pelik?
Kenapa P. Ramlee tidak menyediakan buah mangga, manggis atau buahan tempatan lain yang memang wujud di Tanah Melayu, bukannya epal.
Mari kita perhatikan perbuatan setiap dari mereka terhadap epal tersebut. Ramlee meniup seruling di depan epal beliau yang bersemayam diatas beg kainnya. Jika anda tahu, apa tujuan utama pemain serunai meniup ular tedung untuk mengajaknya menari? Apakah perbuatan meniup epal ini ada kaitan? Sudin mengupas kulit epal dengan pisau dalam keadaan seperti marah. Ajis makan epal tersebut dengan lahap. Tapi, kenapa epal? Misteri bukan.
Ditengah-tengah masyarakat Melayu yang menjadi pengecut dikawal penjajah itu, secara tak sedar, muncul pula kepahlawanan Melayu berseorang - memakai pakaian dan topi lain dari yang lain - mula tegas menegakkan haknya, iaitu Pendekar Mustar yang sejak awal tadi sabar melihat samsengnya sikap penjajah.
Sekali ia disentuh, barulah Pendekar Mustar mengamuk - pantas dua orang tumbang di luar. Tapi kenapa tidak pada awal tadi lagi?
Perhatikan semua orang kampung, hanya melihat samseng penjajah memukul saudara mereka yang jauh lebih tua tanpa berani bertindak dan pengecut. Kenapa komuniti Melayu digambarkan seperti itu? Anda pernah tahu bangsa lain yang lebih sensitif apabila salah seorang dari mereka dijentik dan mereka bersatu menghalang dan menentang. Tidak pada bangsa kita. Menjadi pengecut walaupun ramai - hanya duduk melihat.
Tetapi pabila Pendekar Mustar berjaya menumbangkan dua tentera penjajah ini, barulah bangsa Melayu ini berani lalu naikkan semangat hampir kesemua orang kampung di atas jeti tersebut. Bila melayu ini dianggap kalah, tiada siapa pun mahu menyokong, bila tanpa diduga si melayu ini bangun bangga, mula semua datang mengusap. Ini sikap kita bukan dalam bidang politik?
Memang pengarahnya P. Ramlee menempelek sikap itu pada kita. Kalau kita lihat bangsa Jepun zaman dahulu melalui filem lamanya, mereka digambarkan lebih tegas mempertahankan hak mereka. Apa hak kita selama 500 tahun dijajah ini? Terdiam sahaja.
Dan adakah anda perasan, pelbagai reaction shot orang tua yang hanya relax menghembus asap rokok membiarkan orang tua (pendekar mustar) dibelasah di luar penambang?
Kenapa sejak awal tadi (establish shot) kita tidak langsung melihat kelibat orang tua ini dan hampir kesemuanya adalah anak muda kampung berbangsa melayu yang pengecut sahaja!
Dan kenapa reaction mereka disampaikan P. Ramlee dengan detail (tight shot - MCU).
Cuba renung kembali, zaman dahulu punya filem - tight shot hanya diambil pabila shot itu penting sahaja. Dan secara sedar, kebanyakan scene biasa disampaikan hanya master shot (wide shot).
Tetapi kenapa reaction lelaki-lelaki tua sebaya dengan Pendekar Mustar disediakan dengan lighting, setup yang sempurna padahal mereka hanya extra orang tua yang duduk melihat pendekar dibelasah?
Pilihan shot dari pengarah adalah penting untuk minimizekan budget serta kurangkan penggunaan reel filem pada ketika itu. Dalam filem lama tanah Melayu, tight shot disediakan pada CU si watak sedang dilemma, sedih serta gembira (melibatkan perasaan)
Jika sesuatu shot itu dipinta pengarah, sudah semestinya ia membawa meseg berat yang tertentu.
Mereka (extra orang tua tersebut) digambarkan masyarakat Melayu pada zaman tersebut atau zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu yang tidak berani bangun menetang penindasan penjajah dan hanya mampu melihat selama 500 tahun dijajah tanah bumi sendiri. Lalu muncullah pahlawan Tanah Melayu zaman dahulu seperti Datuk Bahaman, Dol Said serta Tok Janggut dan lain-lain.
Tanya pula kewujudan lelaki Singh yang tiba-tiba menjadi badang menolong Melayu mengamuk dengan membuang mereka ke laut.
Anda kaitkan Singh ini dengan sejarah Tanah Melayu. Adakah anda sedar apakah sejarah mencatit sesuatu berkaitan bantuan singh kepada pertahanan Tanah Melayu?
Korek balik sejarah kita. Cuba anda perhatikan pabila Singh si badang ini melontar setiap samseng penjajah ke laut, tetapi setiap samseng termasuk kolonial tadi yang jatuh ke laut, tak pernah nampak naik balik ke atas jeti untuk berlawan. Tetapi bila dia pula dilontar, si badang Singh jugak yang tegar bersemangat untuk naik ke atas jeti membantu Melayu.
Apakah ini sindiran terhadap sikap Melayu yang mudah 'jatuh' dan susah untuk 'naik' dalam pelbagai perkara. Segala mise en scene ini disampaikan secara kebetulan atau terancang oleh P. Ramlee?
Kalau ia hanya secara kebetulan, bagaimana pula scene Ramlee, Sudin, dan Ajis sampai ke sekolah buta huruf, yang dieja dalam bahasa jawi, menjadi aliff, miim, nunn dan wau (dibaca dalam jawi menjadi UMNO) disebut sebagai sarkis? Dan kenapa didalam kelas adalah orang tua yang baru sedar akan ilmu dan baru belajar mengeja jawi?
Tidak perlu saya menghuraikan dengan lebih panjang lebar serta menyebut fakta sejarah dengan lebih tepat, kerana kesemua meseg ini memberi kita fikir sehingga hari ini tanpa kita sedar disebalik ketawa.
*apa yang dilakukan oleh Ajis ini sama dengan sikap kita kini?
Sekian. Catitan ini dari pemahaman saya, mungkin salah dan ada benarnya. Setiap pembaca berbeza memahami sesuatu lukisan bergerak yang dilakarkan ke layar dan perasaan menilai sesuatu hasil seni yang halus inilah disebut sebagai nuansa. WP