ANALISA FILEM : P RAMLEE MENEGUR MELAYU

0 comments

ANALISA FILEM : Wayang Pacak sekali lagi mengorek rahsia di sebalik karya-karya filem terhebat P. Ramlee yang cuba menyampaikan sesuatu untuk anak bangsanya terkemudian. Cuba saksikan petikan dibawah.


Peringatan kepada kaum Melayu disampaikan dalam Filem Seniman Bujang Lapok karya dan arahan allahyarham seniman agung P .Ramle.



WayangPacak : Antara dialog sedutan filem tersebut yang menempelek sikap kaum Melayu yang prejudis :

Krew Filem : "Singh.. itu 3 orang apa dia mau?"

Mr. Singh : "Diorang mau cari kerja la..."

Krew Filem : "Ini macam dia punya muka mau jadi filmstar ka?"

Mr. Singh : "You pun satu la.. Baru orang minta kerja lu macam-macam cakap! Apa macam you punya BANGSA MAU MAJU?"

Krew Filem : "Ala Singh you bahasa sama gua nampak ni Singh"

Mr. Singh : "Bukan bahasa... Lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan apa salah lu makan sama-sama..."



WP - Di sini sedikit info berkaitan filem ini :

Seniman Bujang Lapok
PengarahP. Ramlee
PengarangLakon layar:
SinematografiHitam-putih
Mula tayangan6 Julai 1961
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu



Filem Seniman Bujang Lapok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Filem Seniman Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 6 Julai 1961.
Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna oleh Shaw Brothers Limited dan
dibuat oleh Malay Film Productions. Masih mengekalkan muka lama termasuk teraju utamanya,
filem ini telah pun mengandingkan P.Ramlee dan Saloma. Filem ini adalah siri keempat
"Bujang Lapok" tetapi kali terakhir memaparkan P. Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar
sebagai Trio Utama dalam filem. Walaubagaimanapun filem ini bukan sambungan dari
siri Bujang Lapok yang terdahulu.

PENGGAMBARAN

Filem Seniman Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 6 Julai 1961.

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang bujang Ramlee, Aziz dan Sudin yang mendiami
kawasan perumahan yang sesak. Tanpa pekerjaan dan mata pencarian, mereka mencuba
nasib mereka sebagai pelakon filem. Pengurus studio telah berjanji untuk memberikan peluang
kepada mereka untuk berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat lakonan mereka
dalam ’screen test’. Ternyata telatah dan bakat lakonan mereka telah menarik perhatian
pengurus studio tersebut. Adakah kemasyhuran yang akan dikecapi mereka sebagai
bintang filem akan mengubah nasib mereka?


ANALISA

Kisah kali ini memaparkan Bujang Lapok yang menganggur berusaha untuk mendapatkan
pekerjaan. Mereka tinggal di dalam satu rumah yang besar dan dihuni bersama beberapa
kelamin beraneka bangsa dan ragam. Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem
terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman.
Merekapun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.
Di sana Manager Che Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka
untuk berkhidmat sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Director Ahmad Nesfu
untuk discreen test.
Sakit jiwa, itulah yang dirasai oleh Director apabila menjalankan proses screen test.
Lain yang disuruh lain yang dibuat. Di bawah sinaran bulan purnama diganti dengan di bawah
sinaran lampu minyak tanah. Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog sendiri.
Macam-macam karenah Bujang Lapok. Namun begitu Manager amat berpuas hati walaupun
Director seperti tidak bersetuju. Apa pun Bujang Lapok kini sudah bergelar 'Seniman'.
Ramlee dan Salmah bercengkerama di taman. Berkasih sambil bergurau senda.
Setelah itu, Ramlee pulang ke rumah. Di rumah Sudin dan Aziz sedang giat menghafal dialog
untuk esok. Suasana aman dan tenteram tidak pernah dialami di rumah yang penuh sesak itu.
Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan perhatian. Kalau si suami dan
2 orang isterinya tidak berkelahi dengan suara yang kuat, maka bunyi tiupan trompet
yang sumbang dari satu bilik yang lain. Jerit pekik, bunyi motosikal, bunyi radio dan banyak lagi.
Esoknya mereka berlakon. Oleh kerena karenah mereka yang memeningkan kepala Director
itu telah menyebabkan Director sendiri pengsan. Apalah nasib mereka menjadi seniman.
Mereka menjalani kerja dan kehidupan seperti biasa.

Ada satu lagi masalah besar. Ramlee cintakan Salmah dan mahu berkahwin dengannya.
Tetapi Ramlee tidak mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh ibunya untuk
berkahwin denga Shariff Dol, seorang samseng yang kaya dan berpengaruh.
Sedar akan saingannya yang hebat, Ramlee berusaha untuk meraih Salmah.
Ramlee dan Shariff Dol berjumpa satu lawan satu. Itupun Ramlee pengsan dibelasah teruk.
Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu Salmah mengetahui hal yang sebenar.
Shariff Dol bilang, jangan menyesal Salmah. Berita ini disambut gembira oleh Ramlee.
Sebagai rakan sebilik Ramlee, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya.
Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja daripada Manager Kemat Hassan.
Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan.
Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang. Mereka terperanjat apabila
mendapati bahawa rumah mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula?
Adakah ia dinyalakan orang? Terfikir oleh Salmah ia perbuatan Shariff Dol.
Mereka berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah Shariff Dol.
Di rumah Shariff Dol, Ramlee telah membelasah Shariff secukup-cukupnya sehingga
Shariff menyerah kalah. Tindakan Ramlee ini berikutan penemuan dompet Shariff Dol
berhampiran rumah mereka. Shariff ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.
Sesudah itu, Salmah membawa berita gembira buat Ramlee. Mereka boleh berkahwin
kerana duit yang disangkakan terbakar sebenarnya telah selamat disimpan oleh ibunya
di Pejabat Pos.

PELAKON

  • S. Shamsuddin sebagai Sudin
  • Aziz Sattar sebagai Ajis
  • Saloma as sebagai Cik Salmah
  • Sharif Dol sebagai Sharif Dol
  • Ahmad Nisfu sebagai Tuan Director Ahmad Nisfu
Share this article :