MASALAH PENGARAH MENGUBAH LAKONLAYAR

0 comments

Assalamualaikum... menulis lagi saya di sini tanpa memperkenalkan diri kerna industri seni tanahair bersifat memandang rendah akan kreadibiliti penulisan dan kritikan oleh orang yang dianggap mudah rendah pemahaman filem mereka.

MASALAH PENGARAH YANG MENGUBAH LAKONLAYAR DI MALAYSIA




Seringkali selesai filem dilayarkan dengan jayanya selepas berhempas pulas berbulan-bulan oleh sang pengarah, maka timbul desas-desus penulis skrip asal yang tidak berpuas hati tentang pengolahan sang pengarah tadi. Kenapa masih wujud pertelingkahan seperti ini di Malaysia malah dunia?

Kita cuba rungkaikan pada asasnya.

ASAS :
Filem adalah medium yang membawa cerita kepada penonton. Pembikinan filem adalah seni menterjemah elemen teks daripada lakonlayar dengan elemen visual yang dihasilkan menerusi lensa kamera. Tugas pengarah adalah menterjemah lakonlayar dalam bentuk sinematik.

Lakonlayar pula adalah milik penulis lakonlayar dan pengarah tidak boleh sewenang-wenang mengubah mengikut apa yang difahami. Sebaliknya pengarah wajar cuba memahami lakonlayar. Di negara ini terdapat beberapa kekeliruan apabila ada pengarah bukan cuba memahami lakonlayar tapi mengubah lakonlayar.


Share this article :