Assalamualaikum wbt.
Selamat sejahtera semua peminat filem tanahair. Setelah kian lama saya tidak menulis entry dalam blog ini kerana sibuk dengan jadual penyuntingan filem terbaru (dirahsiakan) maka terbitlah keinginan untuk terus berbakti dan berkongsi ilmu pengetahuan filem yang saya pelajari dan dalami selama ini. Demi slogan dan pegangan saya iaitu "filem adalah sejarah, dan bukan senang mencorak sejarah dengan baik" maka saya ingin bersama mencorak sejarah perfileman dengan lebih baik di masa akan datang melalui generasi ini dengan penulisan2 yang bermutu. Seorang sahabat baik yang sedang menyiapkan tesis berkaitan sebuah filem, meminta membantunya, maka saya rasa masanya menerbitkan entry ini : MENGENALI APA ITU SEMPADAN ACT
MENGENALI APA ITU ACT 1, ACT 2 DAN ACT 3
Didalam sesebuah karya filem, pembikin dan penonton harus mengenalpasti persoalan2 watak, situasi, tempat,permasalahan seperti berikut :- Siapakah?
- Dimanakah?
- Asal Usul?
- Latar?
- Permasalahan?
- Konflik?
- Kenapakah?
- Kesannya?
- Tindakan?
- Penyelesaian?
Melalui persoalan2 di atas, setiap jawapan terdapat didalam filem / cerita itu sendiri. Jika tidak dijawab, maka sesebuah karya itu tidak dianggap baik dan bermutu.
*Ingin saya merendahkan diri terlebih dahulu, penulisan ini atas ilmu bacaan serta apa yang saya telah pelajari dan melalui firasat serta telahan diri sendiri makanya wajib terdapat kesalahan fakta dan ketidaklengkapan sesuatu bab, oleh itu, yang lebih arif diharap dapat memperbetulkan tulisan saya - kembali pada tajuk kita.
ACT 1
Pengenalan babak sesebuah cerita/filem dimulai dengan pengenalan watak, siapakah watak tersebut yang akan memimpin cerita, apakah zaman tersebut (langsung diketahui oleh penonton apabila melihat cara pemakaian, tuturkata serta tarikh - jika diberi pada visual), apakah latar tempat yang ditonjolkan, bagaimana pula latar masyarakatnya - adakah masyarakat yang memiliki kepelbagaian ciri serta lain-lain lagi.
Mudahnya, saya senaraikan subjek penting ketika anda berkenalan dengan sesebuah cerita/filem tersebut iaitu :
- Latar Watak
- Latar Masa
- Latar Tempat
- Latar Masyarakat
- Latar Ekonomi
- Latar Sosial
- Latar Politik
- Latar Agama
- Latar Keluarga
Sebenarnya yang wajib diketahui hanyalah beberapa sahaja point penting di atas, tetapi zaman beredaran, masakan genre pun yang dahulu hanya 5 wajib diketahui, tapi kini genre memiliki berpuluh jenis yang bertambah mengikut kemajuan filem dunia. Jadi saya senarai-tambah jenis LATAR di atas mengikut peredaran kini yang perlukan ketepatan klasifikasi.
FILEM OMBAK RINDU MEMILIKI STRUKTUR CERITA YANG BAIK
Saya tidak cuba mengangkat sesebuah karya dan menganggapnya terbaik. Tetapi bagi saya, cukup sekadar mengambil satu contoh filem Malaysia yang saya rasakan baik untuk mengkaji kadar letak penyusunan ACT yang sempurna iaitu Filem Ombak Rindu.ACT 1
Pengenalan watak dengan baik saya rasakan didalam filem ini, bermula watak Izzah (lakonan Maya Karin) di-establish-kan mengajar muqaddam di sebuah surau kampung. Latar watak telah dikenalpasti, latar masa juga adalah pada zaman ini dimana kita tak melihat sebarang lower title menggambarkan tahun atau tarikh cerita tersebut. Latar masyarakat adalah di sebuah kampung, dan amat jelas, Izzah hanyalah manusia biasa semberono dengan kehidupannya sendiri.Izzah tamat kelas petang itu, menaiki basikalnya bersama anak murid, dan tiba di sebuah laman padi, pengenalan untuk watak kedua iaitu Mail (Bront Palarae) seorang pemuda kampung yang biasa, tiada sebarang kenderaan mewah dipamerkan bersama, bermain wau bersama kanak-kanak serta pemuda kampung lain. Menegur Izzah dan menyatakan cintanya. Izzah malu alah dan beredar.
Mudah! Dalam beberapa minit filem dilayarkan kepada kita, kita telah mengenalpasti dengan lengkap setiap watak utama ini (teruskan membaca). Telah sampai Izzah ke sebuah rumah buruk tepi muara. Memiliki seorang makcik yang sakit dan pakciknya balik dari memukat maka bermula KEPUTUSAN yang mengubah kehidupan Izzah.
Jika anda amati scene ini, disinilah bermula SEMPADAN ACT 1 kepada ACT 2 yang saya maksudkan tadi - Izzah telah membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur bekerja dengan pakciknya. Dengan keputusan ini, maka Izzah telah mencorak satu dunia baru untuknya yang lebih asing!
Kenapa ini sempadan ACT 1 kepada ACT 2? Jawapannya, jika Izzah menolak pelawaan pakciknya bekerja di Kuala Lumpur, memilih untuk berada di kampung sahaja - apakah OMBAK RINDU AKAN JADI SEBUAH FILEM?
Tamatlah sebuah ACT 1 - yang mewajibkan pembikin menyerah maklumat kepada penonton berkenaan segala latar dan selepas penonton selesa dengan watak, tempat dan masa yang diberikan, makanya diterbitkan permasalahan - wujud masalah utamanya - IZZAH DILACURKAN - Anda kenalpasti ini?
Dan seterusnya saya tidak mahu menilai OMBAK RINDU sahaja. Cuma adrenalin penonton, mula membuak naik bila ACT 2 (masalah yang timbul kepada watak) dikembangkan - sehingga anda mendapat klimaksnya - mereka akhirnya berkahwin secara rahsia di Thailand - Tetapi!! Anda jangan mudah selesa dan bersandar kembali ke kerusi kerana masalah lain pulak yang timbul selepas perkahwinan tersebut.
Ini contoh permainan adrenalin penonton dibuai indah didalam Ombak Rindu, jadi mudahlah perasaan anda dibolak-balik antara gembira marah dan sedih - dan mudahlah anda menangis. Anda keluar panggung dan gembira.
Sekian, jumpa lagi pada penulisan berikutnya.
MASALAH FILEM MELAYU BERKENAAN PEMBAHAGIAN ACT ? Sila KLIK DISINI