Orang-orang politik masuk campur industri hiburan.
Kami berikan satu contoh video di bawah, anda tonton dan perhatikan sehingga habis untuk dibuat perbandingan :
Agak-agak andalah gelagat & pertunjukkan seperti video di atas ini dibenarkan atau tidak di Malaysia?
- Filem-filem Amerika tiada masalah dengan filem seperti Nixon contohnya walaupun menyentuh tentang kesalahan Presiden parti Republican
- Sekarang ini pun ada siri Kennedy yang menceritakan kisah John Kennedy semaada baik dan buruk atau salahlaku presiden yang mati kena tembak itu diceritakan semula tanpa selindung
- Filem Fahrenheit 9/11, tidak disukai oleh kerajaan pimpinan Bush tetapi tetap dibenarkan atas sebab kebebasan berkarya kerana ramai sebenarnya yang ada pendirian anti perang dan tidak menyokong Bush dan kuncu-kuncunya berperang dengan Iraq dan Afghanistan.
- Malaysia, boleh?
Pertunjukkan seperti video di atas dibuat di sebuah negara maju, memerli/mengajuk cara presiden Amerika di depan si empunya diri. Adakah “lingkup” masa depan politik George W Bush selepas itu? Tidak sama sekali, beliau berjaya juga hantar askar Amerika ke Iraq dan Afghanistan malah dapat 2 penggal lagi menyambung tugasannya sebagai presiden.
Bukan itu budaya yang kami mahu diterapkan di Malaysia, tetapi realitinya di Malaysia terlalu banyak yang perlu ditakuti dan terasa terancam sehingga terbinanya pelbagai undang-undang dan kekangan.
Kadang-kadang kami terasa pelik apabila filem Malaysia yang ada adegan melibatkan adegan yang sebenarnya lebih berbahaya termausklah peluk sesama sendiri walaupun bukan mahram, berpakaian separuh bogel, dan ditunjukkan aksi liar dalam filem masih lagi “mendapat restu” daripada pihak yang menjadi tukang cop “halal” atau “haram” sebelum membenarkan sesuatu filem ditayangkan tetapi tidak akan berkompromi jika filem tersebut mengancam kepentingan sesuatu individu yang berpentingan ataupun kumpulan, seperti yang terjadi kepada filem ………… yang pernah diharamkan kerana ……………….
Nah…disinilah juga letaknya halangan terbesar dalam industri perfileman Malaysia. Idea kreatif tidak boleh berkembang dengan pesat disebabkan banyak kengkangan, banyak perkara boleh jadi isu yang sensitif. Kekangan politik yang menyebabkan :
- Ramai pengarah yang dipaksa “simpan kuku”
- Ramai produser yang beku
- Hasilnya…terpaksalah penonton menghadap filem-filem yang layu.
Walaubagaimanapun, kami juga bersetuju jika ada yang mengatakan….
“Sekatan sepatutnya mencambahkan kreativiti, bukan membantutkan”
Ya memang benar, sekali tetapi “kebebasan bersuara/berkarya” itu merupakan faktor utama untuk menjayakan pembikinan sebarang bentuk hasil seni. Itu sebablah kesenian sangat marak di negara-negara barat dibandingkan dengan negara-negara komunis. Jadi untuk untuk bertahan di tengah-tengah kekangan yang kuat memerlukan “orang-orang yang super genius” seperti pengarah Jaafar Panahi yang berjaya menang banyak anugerah antarabangsa. Sekarang ini beliau sedang merengkok dalam penjara.
Sepatutnya, bagi kami di Malaysia kekangan harus dibuat terhadap filem tahyul yang dilihat membodohkan masyarakat Malaysia hari ini. Sebaliknya kita kena lebih bersifat terbuka kepada perkara-perkara yang sebelum ini dianggap sensitif sedangkan hakikatnya ia membina kematangan generasi baru berfikir, melihat sesuatu kejadian atau sejarah dengan lebih tepat untuk generasi baru mengambil iktibar daripadanya.
Kita tidaklah sehingga mahu meniru bulat-bulat sikap keterbukaan melampau pengeluar filem dan pengarah di Amerika,
“Kalau penonton tidak suka yang berat, buatlah filem yang ringan. Filem yang ringan tidak semestinya tidak bagus.”
Jika pengarah filem berminat “mendidik” penonton dengan menghasilkan lebih banyak filem Malaysia yang bermanfaat, insyaallah penonton akan terbiasa juga akhirnya…
Apa pendapat anda dengan tahap filem Malaysia hari ini? Mengapa? Mungkin ada saranan dan cadangan daripada anda yang mana mahu melihat industri perfileman setiasa berada di landasan yang betul?