TANGISAN PENERBIT FILEM SEPANJANG 2012

0 comments

* JUMLAH JUALAN TIKET WAYANG BAGI SETIAP FILEM DI MALAYSIA SEPANJANG 2012 MERISAUKAN PENERBIT FILEM TANAHAIR.
jumlah kutipan dikemaskini pada 27/01/12 4:29 PM

Pasaran perfileman mungkin akan demam seketika memandang pada kutipan tiket serta keuntungan yang diperolehi. Pihak penerbit mungkin berpeluh dan menggigil sepanjang tahun acapkali filem keluar panggung, kutipan sikit, dan takut untuk buat keputusan menerbitkan sesuatu produk baru yang dijangka ditayangkan tahun hadapan.

ANALISA
Sepanjang tahun 2012, Hanya Adnan Sempit 2 yang mengungguli kutipan tertinggi sepanjang tahun - 6.82 juta diikuti filem Jalan Kembali - 4.98 juta (masih ditayangkan) dan filem komedi terbaru (masih ditayangkan) - Mael Lambung - 4.38 juta. Filem lain? Adakah terkubur bersama modal dan menanggung rugi...? Apa pula cerita di sebalik jualan tiket?

KEUNTUNGAN PIHAK PANGGUNG WAYANG - PENERBIT
Jumlah jualan tiket yang dikutip seluruh Malaysia, pihak penerbit harus membahagikan sama rata 50% - 50% diantara penerbit - pihak panggung wayang. Ini tidak termasuk lagi cukai hiburan kerajaan. Contoh kutipan filem Ombak Rindu - 10.0 juta dan dibahagi 50% kutipan filem itu (5 juta) kepada pihak pawagam (Golden Screen Cinema, TGV, MBO dan lain-lain). Maka pihak penerbit membawa pulang baki lagi 5 juta (lalu ditolak kos pihak pengedar, cukai segalanya, serta kos produksi filem tersebut) Maka KEUNTUNGAN BERSIH PIHAK PENERBIT HANYALAH SUKU KUTIPAN TIKET SAHAJA! - (4 juta @ 3 juta lebih)

NASIB PENERBIT FILEM KUTIPAN RENDAH
Jadi, bagaimana pula bagi pihak penerbit untuk kutipan tiket paling rendah? Contohnya adalah Filem Chantek (seperti rajah di atas) dengan kutipan 100 ribu sahaja! Berapa juta kos penerbitannya? Adakah kerana ceritanya? Atau lakonan mereka? Juga boleh pada marketingnya? Juga kesalahan poster? Banyak boleh diperbincangkan pada tajuk akan datang oleh penulis wayangpacak. Banyak sebab berlakunya penurunan kutipan tiket. Adakah kerana penonton bosan dengan filem lawak bodoh? Atau penonton memilih cerita yang sekuel? Serta kelebihan internet jalur lebar nie tersebar dari mulut ke mulut tentang kualiti sesebuah cerita yang ditayangkan? Atau salah AstroFirst?


SALAH SIAPA?
Sendiri akan diperbincangkan pada tulisan akan datang
Terima kasih dari saya, penulis wayangpacak.blogspot.com




Share this article :