TONTON FILEM BUKAN UNTUK MENCARI KESALAHAN PEMBIKIN

0 comments

Salam sejahtera para peminat filem.
Ini ulasan serta amaran para pembikin filem.

Kami para pembikin filem tanahair, dari penulis skrip hinggalah pengarah, pembancuh air hingga penerbit, dan segala krew yang terlibat, memberi amaran keras buat para blogger serta pengkritik filem Malaysia memberi amaran keras pada mereka yang sukahati menonton karya kami dengan tujuan mencari kesalahan pembikin!

Ini kerja kami, periuk nasi kami, dan medium luahan hasil seni kami, kami bukan takut dikritik, tetapi sebelum anda mencari salah kami, apa kata anda cari kesilapan anda - bilamanakah anda sendiri yang berusaha menjadi seorang pembikin filem...

Jangan luahan serta kajian dan kejian anda mencacat celakan hasil karya kami kerana industri perfileman Malaysia terlalu kecil untuk diperkecilkan.

Jadi, jaga tulisan anda sebelum anda dijatuhkan oleh kami.

Apakah anda fikir, sejauh mana ekonomi Malaysia akan bertamadun seperti Barat (industri gah Hollywood) yang membantu kami menerbitkan filem bermutu seperti mereka?

Kita hanya berjaya melalui filem yang berjiwa besar, penceritaan melalui tauladan, karya anak kampung, yang hampir kesemuanya hasil layar dipertontonkan adalah menepati citarasa penonton - kerana kami tidak terlalu bebas menghasilkan karya hebat 3D, action melampaui batas, adegan sex melebihi paras norma seni layar. Kerana kita ada adat dan jumlah penonton kita sikit. Apa sumbangan anda terhadap karya kami?

Adat kita yang memacu perjalanan setiap cerita layar di Malaysia.

Kembali, anda jangan fikir anda adalah salah seorang penyokong filem tempatan kalau anda hanya bukan penonton pawagam. Fikirkan.

Salam. Wakil pengkarya.
Share this article :