Setiap pembikin dan aktor memiliki harga diri masing-masing mengikut performance/showreel serta hasil kerja yang telah mereka pamerkan sebelum itu.
Jadi, setiap darinya harus dihormati dengan bayaran setimpal bagi mereka untuk berkhidmat menerbitkan filem dipertanggungjawabkan oleh pihak produksi.
Tapi kini, wujud penyakit baru apabila harga bayaran setiap pekerja filem semakin jatuh. Sebagai contoh,
Jika 5 tahun sebelum ini, harga bagi seorang penolong pengarah atau pembantu produksi adalah pada harga A, tetapi dalam 2 tahun kebelakangan ini, harga bayaran semakin jatuh separuh dari harga A.
Perkara ini berlaku mungkin atas beberapa sebab.
1. PRODUKSI INGIN TERBITKAN FILEM DENGAN KOS RENDAH
Perkara ini tidak perlu dirungkaikan lagi kerana sebelum ini, WP banyak menerbitkan tulisan berkaitab punca penerbitan filem ber-kos rendah.
2. JUMLAH HARI PENGGAMBARAN DISINGKATKAN
Penyakit pihak produksi sekarang ialah membuat proses produksi (penggambaran) dengan jumlah hari yang tidak masuk akal! Ada filem disiapkan dalam tempoh masa 10 hari sahaja (paling pantas setakat ini) iaitu filem Cerita Kita yang belum ditayangkan. Masalah mula timbul apabila ada diantara pekerja/krew bawahan dibayar dengan harga mengikut hari, bukan mengikut satu projek macam dulu.
Masalah ini diajukan oleh WP kepada pengarah filem terkenal, Osman Ali dan beliau menjawab, "..pihak produksi kini tidak boleh membayar pekerja mengikut jumlah hari penggambaran, perlu menghormati harga diri permintaan mereka sesuai dengan khidmatnya iaitu harga sebuah projek filem, bukan harga mengikut hari penggambaran.."
Andai krew terbabit dibayar sebanyak RM10,000 untuk satu projek penggambaran selama 50 hari (macam penerbitan filem 10 tahun lalu) dan kejadian yang berlaku masa kini, apabila Line Producer ingin menyekat bayaran yang tidak setimpal iaitu mengikut jumlah hari penggambaran yang disingkatkan menjadi 20 hari. Dan ianya dibayar mengikut hari menjadi RM3000 sahaja - (contoh)
3. MUNCUL MUKA BARU PUNCA HARGA BAYARAN SEMAKIN JATUH.
Penggiat filem yang telah lama berkecimpung di arena ini, menghadapi masalah tawarn kerja kerana mereka adalah freelancer dan bukannya permanent di sesebuah produksi. Makanya, mereka freelancer yang menunggu dan sentiasa mencari peluang dan tawaran kerja di pelbagai produksi di Malaysia.
Dan semestinya mereka dipanggil @ diterima bekerja kerana pengalaman serta showreel mereka bagus. Dan wajiblah mereka yang berpengalaman ini memiliki harga diri masing-masing.
Ketika proses tawar-menawar harga inilah wujudnya pilihan baru bagi produser atau line poducer untuk menjimatkan kos penggambaran dalam account pekerja iaitu mencari yang lebih murah untuk dibayar tetpai mengerahkan segala tenaganya untuk menghasilkan sehabis baik seperti pekerja proffesional.
Maka, muncullah bekas graduan filem yang semakin bertambah kini ditawarkan jawatan tinggi dalam team produksi tanpa mengetahui selok belok dan hasil kerja mereka. Lalu graduan ini ditawarkan dengan bayaran murah yang langsung tidak masuk akal!
Atas alasan ingin cepat melangkah bendul, si graduan filem ini yang cetek ilmu penggambaran menerima dengan harga paling tidak masuk akal. Kesannya, rate harga bagi sesuatu jawatan krew filem semakin jatuh.