PENERBIT OMBAK RINDU BERSETUJU BERKONGSI BONUS DENGAN KREW & PELAKON

0 comments



Selepas artikel kami (WP) bertajuk -

SELEPAS 10 BULAN : BONUS OMBAK RINDU - JANJI HANYA TINGGAL JANJI HITAM MANIS

bertarikh 9/20/12  diberi perhatian oleh media serta laman hiburan yang lain,  WAYANGPACAK (WP) mendapatkan maklumbalas pengarah Osman Ali berkaitan desas-desus yang mengatakan beliau menolak tawaran dari pihak penerbit tersebut, itu adalah tidak benar sama sekali! Hanya tulisan mereka-mereka yang ingin provokasikan lagi keadaan - entry tersebut disini juga ada di sini dan juga di sini - aduh! banyak sungguh drama ~

BERITA BAIK BUAT KREW & PELAKON

Dan berita baik buat mereka belakang tabir Ombak Rindu - En Sharad Sharan (penerbit Tarantella Pictures) bersetuju untuk menyediakan bonus bagi setiap dari mereka. Tahniah!

Harap2 begitulah ... jangankan main papan sorong papan tarik tali dengan kenyataan sendiri dan selepas dah kecoh baru mula terperanjat!

Bukan mahu mengungkit kisah lama, sejarah berita ada menyebut seperti berita di sini bertarikh November 24, 2010... http://www.ohbulan.com/gossip-pengarah-lagenda-budak-setan-lupa-bayar-tenaga-penyunting-drama/




Bukan Sharad Sharan sahaja yang mempunyai masalah bayaran ini, jangan perlu risau, kerana krew produksi memiliki ramai lagi penerbit-penerbit diluar sana yang liat dalam 'mengira duit' untuk pembikin filem... Dari proses pre-production, production, serta post produksi....
Wallahua'alam...

P/S : ITULAH ANTARA CABARAN KITA PENGGIAT SENI PERFILEMAN TANAHAIR...
Share this article :