ANALISA FILEM : A BEAUTIFUL MIND

0 comments


ANALISA FIILEM : WAYANGPACAK

Untuk kesekian kalinya aku menonton lagi filem ini, tanpa jemu sedikitpun. Amat beautiful. Itu persepsi aku apabila menonton A Beautiful Mind yang telah menjengah pawagam di Malaysia tahun 2002.

Tak salah kalau aku katakan, ini adalah masterpiece  sang sutradaranya - RON HOWARD. Filem ini menyentuh aku melalui pelbagai aspek daripada emosi, realiti serta pesona kepada pembentukan watak yang begitu berjaya menampilkan kesempurnaan sebuah karya.

Terus terang , aku tidak tahu kisah John Nash, seorang pakar atau genius matematik yang menghidap penyakit schizophrenia tetapi watak yang diperan oleh RUSSEL CROWE itu melimpahkan segala-galanya dengan perfect. Justeru bukan satu kehairanan apabila AKIVA GOLDSMAN memenangi Skrip Adaptasi Terbaik dan telah membawa kepada kemenangan Aktor Terbaik pada Crowe. Ianya cukup memberikan subtance kepada filem ini.

Bagi yang tahu kisah hidup sebenar Nash,  plot serta elemen suspen yang ditampilkan mungkin tak ada apa-apa tetapi bagi yang tidak tahu, maka filem ini melayangkan pemikiran kita jauh ke alam facination - kerana di fikiran kita, Nash terlalu hebat tetapi plotnya kemudian menggambarkan bahawa Nash adalah seorang schizophrenia dan esentrik tetapi tidak kelihatan seperti seorang gila. Halusinasinya realistik buat dirinya dan ia jadi realistik juga buat audiens. Howard menguji minda penonton untuk membezakan di antara halusinasi dan realisme.

Ke mudian Howard bergerak membogelkan rahsia demi rahsia, suspen demi suspen terutama apabila isteri Nash, Alicia menemui pelbagai keratan akhbar daripada dunia halusinasi Nash. Pakar matematik itu sebenarnya khayal dengan ilusi yang disangkanya real.

Itu plot utama A Beautiful MInd dan kemudian pengarah bergerak ke alam drama dengan menceritakan bagaimana Nash survive di samping isterinya yang begitu tabah dengan khayalan suaminya itu. Selain konflik penyakit schizophrenia itu, filem ini sebenarnya menilai bentuk kekeluargaan yang tabah.

Lakonan Crowe, benar-benar mengingatkan aku kepada Robert DeNiro yang terseksa dengan parkinson dalam filem Awakenings bersama Robin Williams,. Tegang watak Crowe meneruskan kegemilangan aktor barat seperti DeNiro atau Harrison Ford dan dia memang layak menang.

Meskipun ianya  filem terbaik tahun 2001 (Academy Awards & Golden Globe Awards), aku beri 4 bintang kerana getaran rasa yang bisa menyerap ke jiwa aku!#
Share this article :