Analisa Filem Oleh WAYANGPACAK
Mungkin ada yang tidak setuju bila aku cakap Serpico adalah karya terbaik Lumet kerana siapa boleh melupakan intensiti Dog Day afternoon. Namun bagi aku, Serpico mempunyai plot yang lebih interesting dan membuatkan aku mereka pelbagai imaginasi.
Filem ini dibentuk dengan frame plot yang memakan masa bertahun-tahun sehingga adakalanya kita akan rasa sang sutradara cuba menceritakan mengenai terlalu banyak perkara sampai kita boleh hilang fokus kepada maksud sebenar. Namun temanya jelas sekali dan ia memang boleh membuat kita khayal dalam kebimbangan iaitu bahana duit yang boleh membawa diri dikuasai kejahatan.
Serpico bermula dengan Frank yang cedera teruk apabila salah seorang teman polis menembaknya di muka untuk mengajarnya supaya tidak terlalu berani mendedahkan kegiatan rasuah di jabatan berkenaan. Walaupun Serpico dilambangkan sebagai seorang polis biasa yang tidak mahu terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah, ternyata pengarah filem ini (Lumet) cekap mengukuhkan watak Serpico dengan memberikan pelbagai tenaga terutama syarah-syarah eksplisit Pacino yang menawan.
Selain kekuatan jalan ceritanya, bagi aku Serpico menjadi sebuah filem hebat kerana lakonan Pacino yang handal. Selama bertahun-tahun selepas itu, Pacino terus hebat sehinggalah menerima Oskar Aktor Terbaik untuk filem A Scent Of A Woman.
Secara peribadi lima bintang penuh untuk filem ini!
*****
EXTRA INFO:
Top 5 filem lakonan AL PACINO pilihan WAYANG PACAK
1) THE INSIDER (1999)Arahan : Micheal Mann
Watak: Lowell Bergman, produser rancangan berita 60 Minutes yang berpengalaman berhadapan dengan konflik media apabila mahu menyiarkan temubual dengan seorang saintis syarikat rokok berkenaan skandal syarikat berkenaan dalam mencipta sesuatu yang membuatkan perokok menjadi ketagih dengan nakotin.
Arahan : Martin Brest
Watak : Leftenan Kolonel Frank Slade, bekas pegawai tentera buta sudah fed-up dengan hidupnya mahu menamatkan riwayatnya kerana sudah tidak tahan dahagakan 'kehidupan lamanya' yang diterajui kuasa, prestij, dan paling penting keunikannya mengenali wanita.
Arahan : Brian De palma
Watak: Tony Montana, pemuda Cuba yang mahu mencapai The American Dream dengan penuh keganasan.Moral watak Montana memang salah, tetapi usahany membina empayar gangster di Amerika akan terus jadi inspirasi.
Arahan : Francis Ford Coppola
Watak : Micheal Corleone, bermula sebagai seorang bekas askar yang tidak mahu terbabit dengan perniagaan haram bapanya, Don Vito Corleone (Marlon Brando) Pacino dibentuk menjadi seorang godfather yang terbaik di layar perak. Tanpa dipengaruhi wang, Micheal dilambangkan seorang yang penuh intergriti tetapi penuh dengan perasaan marah di jiwanya.
Arahan : Sidney Lumet
Watak : Sonny Wortzik berkasi di sampu ng John Cazale, Pacino memberikan lakonan paling mantapnya yang penuh ketegangan. Sonny dan Sal (Cazale) cuba merompak sebuah bank tetapi rompakan yang sepatutnya memakan masa 10 minit itu bertukar menjadi ibarat sebuah sarkis. Lokasi yang hampir 90 peratus dalam sebuah bank itu digambarkan berlangsung selama 12 jam sehinggalah mereka tewas di tangan polis.