ANALISA FILEM OLEH WAYANGPACAK
Filem yang diarahkan IAN SOFTLEY ini berjalan di atas landasan nipis di antara sebuah filem yang sempurna/baik atau filem hancur memang sesuatu yang mencabar dan aku akhirnya terpaksa mengakui bahawa benda yang tidak boleh dilihat secara zahir memang jauh lebih interesting berbanding realiti di depan mata.
Prot membawa dirinya makhluk asing dari planet K-Pax dan atas sebab itu, dia dimasukkan ke dalam wad gila dan supervisor-nya ialah Dr. Powell (BRIDGES). keduanya kemudian mewujudkan satu ikatan persahabatan yang menyaksikan keinginan sang doktor itu begitu dalam mahu mengenali Prot dan menilai di antara fantasi dan realisme watak berkenaan.
Mungkin dari aspek berbeza, korang mungkin berpendapat bahawa K-Pax adalah sebuah filem yang penuh dengan unsur humor kerana kesungguhan Prot menyakinkan Dr.Powell bahawa dia adalah dari angkasa lepas begitu realistik, satu realisme yang sukar dipercayai sehingga kita fikir ia sesuatu yang kelakar.
Tetapi apabila plot demi plot dihuraikan, kita dibuai dengan persoalan "what if" apa yang dikatakan Prot itu benar dan dia sendiri membuktikannya dengan pengetahuan hebatnya mengenai pelbagai perkara, beyond pemikiran manusia.
Misteri watak Prot dan asal-usulnya yang dikaji oleh Dr.Powell adalah kekuatan utama filem ini. Jangan harapkan aksi yang terlalu banyak kerana K-Pax sebenarnya penuh dengan dialog yang mungkin bagi sesetengah korang begitu membosankan.#