ANALISA FILEM : ORDINARY PEOPLE

0 comments


ANALISA OLEH WAYANGPACAK

Okaylah, kalau susah sangat nak dapatkan dvd filem ni, memang takder cara lain untuk korang jadikan koleksi melainkan dengan membeli saja dari www.amazon.com - tetapi apa yang boleh aku jamin korang takkan rugi duit, sebaliknya mungkin berterima kasih selepas menonton filem hebat ini.

Aku seorang penulis dan apabila menonton filem seperti ini, aku selalu cemburu dan bertanya diri sendiri, kenapa akau tidak boleh jadi seperti ALVIN SARGENT yang menulis lakon layar filem ini berdasarkan novel karya JUDITH GUEST.

Sesungguhnya, filem ini memang luar biasa! ia adalah antara arahan hebat ROBERT REDFORD yang menang empat anugerah dalam Academy Awards 1981  termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (REDFORD), Aktor Pembantu Terbaik (TIMOTHY HUTTON) dan Lakon Layar Adaptasi terbaik (ALVIN SARGENT).

Setiap watak, pembentukan plot, konflik dan penyelesaiannya begitu sempurna walaupun mungkin terlalu deskriptif tetapi bagi aku jalan ceritanya yang perlahan dan penuh detail itu vital kerana membentuk emosi filem itu sendiri.

Hutton yang meletup dengan Oskar menerusi filem ini membawa watak Conrad Jarred, anak kepada Calvin (SUTHERLAND) dan Beth (TYLER MOORE. Keluarganya Jarret dalam usaha kembali 'bertapak' semula selepas melalui bencana kehilangan anak sulung mereka dalam senuah kemalangan jalan raya. Conrad menyalahkan dirinya sendiri atas kematian itu sehingga memaksanya membunuh diri tetapi tindakannya itu gagal.

Penonton akan diperkenalkan kepada keluarga Jarred sawal pembukaan filem ini. Mereka murung sentiasa kerana masih dalam usaha melupakan kisah kematian anak sulung mereka dan tindakan Conrad cuba membunuh dirinya. Bagaimanapun, tiada babak kemalangan yang meragut nyawa anak sulong mereka. semuanya mengenai Ordinary People ialah aftermath - maksud saya konflik selepas peristiwa tersebut.

Hakikatnya, konflik selepas peristiwa itu sebenarnya mencabar imaginasi korang, sekaligus memberikan korang ruang untuk 'menjadi' Conrad, Calvin ataupun Beth. Korang boleh merasai kesakitan yang dilalui keluarga itu.

Aku amat menyukai watak Dr. Berger (HIRSCH) iaitu doktor yang cuba membantu Conrad mengatasi perasaan bersalahnya itu secara psikologi.

Filem ini bagi aku mengajar soal bengisnya aftermath. Ia tidak mudah diselesaikan seperti korang sangka atau mahu sebaliknya ia perlu dihadapi dengan bijak. Namun sebijak manapun manusia, aftermath tidak menjanjikan satu perjalanan yang mudah. Sebaliknya ia meruntuhkan sesebuah institusi dengan sekelip mata.

Sutradara genius dalam penceritaannya. Dia tidak terburu-buru meleraikan plot serta memberikan penyelesaian. Sebaliknya bermain dengan emosi watak serta emosi  penonton pada masa yang sama.

Filem ini paling hampir disusuli dengan karya Sam Mendes menerusi American Beauty pada 1999 tetapi tragedi kedua-dua filem berlainan. Bagi aku Ordinary People lebih realistik dan justeru selayaknya 5 bintang penuh untuk filem ini!#
Share this article :