INDUSTRI FILEM KITA SEMAKIN MAJU - FINAS

0 comments


KOSMO, Ahad 3 Februari 2013
link asal
SINGAPURA: Jumlah filem yang diterbikan karyawan Malaysia mencatat peningkatan hampir tiga kali ganda tahun lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pengarah Promosi dan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Abd Khalid Maulod berkata, sejumlah 73 buah filem ditayangkan di pawagam sepanjang tahun lepas berbanding 49 filem pada 2011, 39 filem pada 2010 dan 27 filem pada 2009.
"Peningkatan ini menunjukkan industri filem Malaysia berkembang dengan pesat" katanya ketika membicarakan topik yang bertajuk 'Halatuju Industri Perfileman Malaysia - Harapan dan Cabaran' dalam sesi bual bicara filem di sini sempena Anugerah Seri Temasek yang akan berlangsung malam Sabtu.
Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf karyawan seni Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Abd Khalid berkata, Finas sudah mengenal pasti tiga festival tahun ini untuk disertai oleh penerbit Malaysia sebagai satu lagi usaha mempromosi dan memasarkan filem tempatan ke peringkat antarabangsa.
Festival berkenaan ialah European Market di Berlin, Cannes Film Festival di Perancis dan American Film Market di California. - BERNAMA
Share this article :